Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Bina pusat kemudahan sukan baru sebelum laksana Fasa II Sri Aman Township


Caption: PERSEDIAAN...Gambar menunjukkan kawasan sekitar gelanggang tenis Sri Aman yang sudah diratakan bagi memberi laluan kepada projek Bandar Baru Sri Aman fasa kedua pada hujung tahun ini.

SRI AMAN, Isnin (11 Jun) – Projek pembinaan Bandar Baru Sri Aman bagi fasa kedua bakal bermula pada penghujung tahun ini setelah perlaksanaan bagi projek fasa pertama bandar baru tersebut berakhir pada tahun lepas.

Projek fasa kedua yang membabitkan pembinaan sebanyak 100 buah unit kedai dan 22 buah unit kedai dari projek fasa ketiga itu dijangka memberi impak terhadap aktiviti sukan penduduk yang terletak berdekatan dengan kawasan projek berkenaan.

Jika projek fasa kedua dilaksanakan pada hujung tahun ini maka ia akan melibatkan kerja merobohkan gelanggang tenis, gelanggang hoki, pusat operasi Gimnasium Rakyat Sri Aman dan juga padang bolasepak KPSU lama di situ.

“Kami menyokong projek pembangunan di Sri Aman. Namun begitu kami memohon pihak kerajaan agar mengutarakan cadangan bagi membina pusat sukan yang baru sebelum bermulanya projek fasa kedua itu nanti,” kata Cleo Mumin.

Menurut beliau, kerja pembinaan kemudahan sukan yang baru perlu dimulakan sekarang agar penduduk tidak perlu menunggu begitu lama untuk menikmati kemudahan sukan yang baru sebaik sahaja projek itu dimulakan.

Manakala itu seorang penduduk iaitu Levinson Nading berpendapat bahawa kemudahan sukan yang terdapat di Sri Aman tidak akan mencukupi jika kemudahan sukan di padang lama KPSU dirobohkan kelak.

Beliau meramalkan bahawa kemudahan sukan di Padang Kompleks Sukan Sri Aman akan menjadi sesak dengan peminat sukan tennis pula kehilangan gelanggang mereka untuk bermain selepas itu.

“Saya yakin peminat sukan tennis akan menerima impak yang besar dalam masalah ini. Justeru saya berharap agar kerajaan membina kemudahan sukan yang mencakupi beberapa jenis sukan popular di bandar ini jika projek itu sudah bermula kelak,” katanya.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa kawasan sekitar gelanggang tenis dan padang hoki di Padang Lama KPSU Sri Aman sudah diratakan bagi
Memberi laluan kepada perlaksanaan projek Bandar Baru Sri Aman fasa kedua.

Tamat

No comments:

Post a Comment