Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, June 6, 2012

Peneroka perlu rajin bersihkan tanah yang sudah disukat JTS


Caption: BERSEMANGAT...Rosli (kanan sekali) ketika bersama ahli jawatankuasa membersihkan jalan raya di kawasan Bukit Melayu Tekalong Skait dekat Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (29 Mei) – Sebuah aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi membersihkan jalan raya di kawasan peneroka Bukit Melayu Tekalong Skait dekat Sri Aman baru-baru ini.

Aktiviti gotong-royong membersihkan jalan raya tersebut dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Peneroka Kawasan Bukit Melayu Tekalong Skait yang diketuai oleh pengerusinya, Rosli bin Piee.

Rosli ketika ditemui telah menyeru semua ahli Peneroka Kawasan Bukit Melayu Tekalong Skait untuk sentiasa turun padang membersihkan kawasan tersebut bagi mencapai status peneroka tanah yang sebenar.

“Tanah yang telah disukat oleh pihak Jabatan Tanah Dan Survei perlu sentiasa dibersihkan oleh para pemiliknya (peneroka) jika mahu mencapai status sebagai peneroka sebenar selepas ini.

“Oleh yang demikian para peneroka tidak harus menunggu aktiviti gotong-royong jika mahu membersihkan kawasan tanah mereka. Paling penting ialah kawasan tanah yang sudah diterokai haruslah bersih jika mahu mencapai status berkenaan,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Peneroka Kawasan Bukit Melayu Tekalong Skait kata Rosli juga telah memohon pihak kerajaan agar merealisasikan permintaan para peneroka tanah untuk mendapatkan hak tanah Bumiputra Melayu di kawasan itu selepas ini.

“Kelulusan kerajaan terhadap permohonan tersebut secara tidak langsung membolehkan kita sebagai Peneroka Kawasan Bukit Melayu Tekalong Skait mendapat hak ke atas tanah tersebut di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment