Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 7, 2012

Jangan percaya SWP berat BN - Rayong


Slug: RayongSWP + pic 05.06.12

Caption: TERIMALAH...Rayong menyampaikan cek kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

ENGKILILI, Selasa (5 Jun) – Tindakan Parti Pekerja Sarawak atau SWP yang mendakwa bahawa mereka ‘lebih berat’ kepada pihak Barisan Nasional (BN) selama ini adalah tidak benar sama sekali.

Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berharap agar rakyat khasnya dalam kawasan Parlimen Lubok Antu tidak mudah terpedaya dengan dakwaan tersebut selepas ini.

“Pihak SWP berniat untuk merampas semua kerusi Parlimen milik Parti Rakyat Sarawak (PRS) apabila mereka bakal menghantar calon ke setiap kerusi parlimen milik komponen parti BN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Atas sebab inilah ia mendorong SWP untuk memberitahu rakyat bahawa mereka lebih berat kepada BN dengan tujuan agar rakyat akan mengundi calon parti bukan BN tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Pra Gawai 2012 dan Perasmian Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Menawa di Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.
Sementara itu Rayong juga turut menasihatkan rakyat yang tinggal berdekatan dengan kawasan sungai di Batang Ai Ili dan Skrang agar sentiasa berhati-hati terhadap ancaman serangan buaya selepas ini.
“Seorang kanak-kanak dari kawasan Ulu Tekalong, Engkilili baru-baru ini telah hilang hingga sekarang ketika bermain di tepi sungai dipercayai disebabkan oleh angkara serangan buaya.
“Kerajaan akan mencari langkah untuk menyelesaikan isu ini dengan para rakyat di situ dinasihat agar sentiasa berhati-hati ketika berada di tepi sungai demi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali di masa akan datang,” katanya.
Beliau pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 untuk JKKK Menawa sambil mengumumkan peruntukan dari Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak bernilai RM10,000 untuk JKKK dan RM5,000 untuk biro wanita rumah panjang tersebut.
Tamat.

No comments:

Post a Comment