Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Pertahankan calon BN - Masir


Caption: TERIMA KASIH...Masir (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Enchan (kiri) sambil disaksikan oleh para ketua kaum dan tetamu khas yang lain pada majlis tersebut.


PANTU, Jumaat (8 Jun) – Rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman diseru agar terus mempertahankan sokongan masing-masing terhadap calon komponen parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata sokongan rakyat terbabit amat penting agar wakil rakyat BN dapat meneruskan pelan pembangunan kerajaan di kawasan pentadbiran masing-masing selepas itu.

“Acapkali menjelang pilihan raya, pihak pembangkang atau kumpulan tertentu akan hadir menemui rakyat untuk mengutarakan pelbagai isu demi mendapatkan sokongan politik daripada mereka.

“Perkara ini biasa berlaku. Justeru saya berharap agar rakyat tidak mudah terperangkap dengan isu yang diutarakan oleh kumpulan itu memandangkan ia mempunyai hubungkait dengan kepentingan mereka dan bukannya rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2012 anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman yang berlangsung di Rumah Enchan, Marau, Pantu kelmarin.

Selain itu Masir juga berharap agar rakyat tidak mudah percaya terhadap fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan tertentu terhadap beliau di sekitar kawasan Parlimen Sri Aman sebelum ini.

“Fitnah itu bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan saya. Paling penting ialah saya mahu semua rakyat (di Sri Aman) tahu bahawa saya masih lagi menjadi calon BN untuk kerusi Parlimen Sri Aman menjelang PRU13 ini nanti,” katanya.

Beliau juga turut menasihatkan rakyat agar tidak mengadaikan masa depan pembangunan hidup mereka dengan menyokong pihak pembangkang atau calon bebas pada PRU13 kelak.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Penerangan JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penghulu Entika Senan, Kapitan Lee Pin Jin, para ketua kaum dan rakyat dari sekitar kawasan Pantu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment