Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Bina trafik light di simpang hospital dan Jalan Hollis


Caption: PERLU...Gambar menunjukkan simpang jalan keluar dari Hospital Sri Aman yang perlu diberi perhatian berhubung pembinaan lampu isyarat di situ selepas ini.

SRI AMAN, Jumaat (8 Jun) – Kesesakan lalulintas trafik di Bandar Sri Aman tampak tidak asing kepada penduduk tempatan memandangkan ia sekaligus menunjukkan bahawa Bandar Benak ini sudah maju berbanding dahulu.

Pertambahan jumlah penduduk dan kelainan rutin kehidupan masing-masing menyebabkan Bandar Sri Aman tidak pernah lengang dengan pelbagai jenis kenderaan bermula dari waktu pagi hingga petang.

Disebabkan oleh faktor ini, penduduk tempatan telah mengusulkan cadangan pembinaan lampu isyarat di dua buah kawasan baru dalam Bandar Sri Aman untuk tujuan maklumbalas Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT di sini.

“Sebelum ini penduduk pernah meminta bulatan di Jalan Hospital diubah menjadi kawasan lampu isyarat...bagi saya cadangan itu kurang penting memandangkan ia masih releven untuk pengguna kenderaan di sini,” kata seorang penduduk iaitu Brandon Uno.

Katanya pihak PBT perlu memberi fokus untuk membina lampu isyarat di simpang jalan keluar Hospital Bahagian Sri Aman dan simpang Jalan Hollis memandangkan kesesakan trafik selalu berlaku di situ.

Simpang jalan keluar Hospital Bahagian Sri Aman yang terletak berhampiran jejantas misalnya kata Uno perlu diberi lebih fokus memandangkan kemalangan jalan raya pernah berlaku di situ sebelum ini.

“Faktor pemandangan terhad menyebabkan berlakunya kemalangan di situ dan ia melibatkan para pengguna kenderaan yang cuba keluar dan masuki laluan jalan menuju ke arah kawasan Sabu,” katanya.

Manakala itu Solomon Karin pula berpendapat masalah kenderaan berbaris panjang di simpang Jalan Hollis akan dapat dikurangkan jika lampu isyarat dapat dibina di situ pada masa akan datang.

Beliau yakin bahawa masalah di kedua-dua kawasan tersebut sudah menjadi perhatian PBT sebelum ini dan meminta kerja perlaksanaannya dipercepatkan demi keselesaan penguna kenderaan dalam Bandar Sri Aman.

“Keselesaan penduduk adalah nombor satu. Justeru saya berharap agar lampu isyarat dapat di laluan keluar Hospital Sri Aman dan Jalan Hollis akan dapat mengurangkan kesesakan trafik di sini pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment