Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

SWP mula berkempen



Caption: BOLEH ATAU TIDAK? Gambar menunjukkan bendera dan kain rentang SWP di Engkilili dipercayai dipasang oleh pekerja parti berkenaan pada tengah malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (12 Jun) – Kemunculan kain rentang Parti Pekerja Sarawak atau SWP di beberapa buah lokasi dalam Bahagian Sri Aman telah menimbulkan pertanyaan di kalangan penduduk semenjak akhir-akhir ini.

Jika dahulu banner SWP muncul di simpang jalan masuk menuju ke Pekan Pantu maka kali ini bendera serta kain rentang parti berkenaan pula sudah pun muncul di simpang jalan masuk ke Pekan Engkilili pada hari ini.

Bukan setakat rentang sahaja malah pihak SWP turut memasang banyak bendera parti mereka di sekitar Pekan Engkilili seolah-olah mengambarkan bahawa pilihan raya sudah berlangsung di situ pada masa sekarang.

“Pihak SWP dilaporkan telah mula memasang banner dan bendera di sekitar Pekan Engkilili bermula tengah malam tadi tanpa memohon permit daripada pihak majlis terlebih dahulu,” kata sumber.

Kata sumber persoalan tidak akan timbul sekiranya pihak SWP memasang kain rentang atau bendera di pejabat parti mereka sendiri berbanding dengan memasangnya di sekitar jalan raya dalam kawasan pekan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa ketika dihubungi berkata pihak SWP tidak seharusnya memasang kain rentang atau bendera di Pekan Engkilili pada masa sekarang.

Ini kerana pihak parti terbabit termasuk juga parti politik yang lain jelas beliau dibenarkan untuk memasang kain rentang atau bendera parti mereka ketika berlangsung sesebuah pilihan raya itu.

“Pihak SWP sepatutnya hanya boleh memasang bahan kempen mereka setelah selesai proses penamaan calon hingga ke hari pembuangan undi bagi sesebuah pilihan raya berkenaan.

“Justeru saya meminta pihak majlis meninjau perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan terhadap kain rentang serta bendera SWP yang sedar berkibar di Pekan Engkilili selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment