Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, June 6, 2012

Bergendang serikan musim sambutan Gawai


Caption: BERBAKAT...Ijut (tengah) bersama Demon, Brandon dan Ricky ketika Bergendang dengan menggunakan Sebana di Selantik Ili, Pantu hari ini.

PANTU, Isnin (29 Mei) – Perayaan Gawai Dayak akan berlangsung pada 1 Jun ini dan sudah tentunya premis perniagaan di pusat bandar serta pekan berhampiran menjadi sasaran dikalangan mereka yang bakal menyambut perayaan utama itu pada masa sekarang.

Rata-rata penduduk berketurunan Dayak akan membeli pelbagai jenis makanan dan minuman mengikut kemampuan diri masing-masing demi memastikan keluarga mereka juga tidak ketinggalan menyambut perayaan terbabit.

Namun disebalik kemeriahan persiapan menjelang sambutan Gawai Dayak di pusat bandar, terdapat segelintir penduduk Dayak yang cuba mempratikkan kembali adat main asal mereka untuk dipersembahkan ketika berlangsungnya perayaan berkenaan.

Utusan Sarawak ketika melakukan tinjauan menjelang sambutan Gawai Dayak di Rumah Hearold Selantik Ili, Pantu mendapati bahawa segelintir daripada Warga Emas dan belia di situ mula mempratikkan main asal adat Iban iaitu Bergendang.

Dengan menggunakan peralatan muzik tradisional yang diberi nama Sebana, warga penduduk Rumah Hearold, Selantik Ili, Pantu sudah pun memulakan pratik tersebut semenjak dua hari lepas.

Sesi mempratikkan main asal adat Iban di Selantik Ili, Pantu tersebut telah diketuai oleh Ijut anak Ajong, 66, bersama Demon anak Gengga, 50, Ricky Umpek, 36, dan Brandon Unu, 20 tahun.

Ijut ketika ditemui memberitahu pratik adat main asal Iban di rumah panjang adalah amat penting khasnya menjelang perayaan Gawai demi menarik minat golongan muda pada masa sekarang.

“Saya yakin golongan generasi muda boleh meminati adat main asal Iban selagi ia dipersembahkan di hadapan mereka pada masa dan lokasi yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

“Memang saya akui bahawa sukar untuk orang muda meminati adat main asal Iban pada masa sekarang...namun jika kita bijak mengambil kesempatan maka perkara ini tidak akan menjadi masalah di masa akan datang,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa antara waktu yang sesuai untuk mempromosi adat main asal dikalangan orang muda tersebut ialah ketika mereka sedang bersosial di rumah panjang atau di kediaman mereka sendiri.

“Apabila kita mula Bergendang atau memainkan adat main asal Iban yang lain ketika bersosial bersama mereka maka nescaya golongan muda akan mula tertarik dan cuba mempelajarinya daripada kita selepas itu,” kata beliau.

Beliau juga memberitahu bahawa orang muda pada masa sekarang perlu memeriahkan sambutan Hari Gawai dengan mempersembahkan adat main asal dan bukannya hanya menyanyikan lagu Karaoke di rumah masing-masing selepas ini.

Tamat.






No comments:

Post a Comment