Oleh Zul Zainami
Caption: UNTUK ALBUM...Shamsul (belakang kiri sekali) ketika merakamkan
gambar kenangan bersama Hamisah, para guru dan para penerima sumbangan beg pada
majlis itu baru-baru ini.
PUSA, Khamis (21 Jun) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah
mengadakan sebuah taklimat khas berhubung Zakat Pendapat Gaji untuk para guru
dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusa, Betong pada 18 Jun lepas.
Jurucakap penganjur memberitahu taklimat ini bertujuan untuk memberi
kefahaman yang baik terhadap kefardhuan berzakat di samping meraih maklumat
tentang agihan zakat yang dilaksanakan oleh TBS.
“Pihak kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyerah cek bantuan bagi melancarkan
aktiviti keilmuan yang direncanakan oleh pihak sekolah melalui Guru Besar SK
Pusa, Hajjah Hamisah binti Ahmad.
“Malah pihak TBS menerusi taklimat Zakat Pendapat Gaji berkenaan juga turut
berbesar hati untuk menyerahkan
sumbangan berupa beg sekolah kepada 20 orang pelajar fakir miskin dari sekolah
rendah terbabit,” katanya.
Terdahulu Ketua Zon Selatan TBS, Shamsul Bahri bin Manap ketika berucap
pada majlis itu berkata pihaknya sentiasa memberi komitmen yang baik untuk
meraikan segala bentuk program yang bersifat akademik.
Program bersifat akademik yang dijayakan menerusi komitmen TBS katanya juga
amat penting bagi membudayakan suasana keilmuan di kalangan masyarakat Islam
setempat dari masa ke semasa.
“Ilmu merupakan tunjang kepada kelangsungan ketamadunan sesebuah komuniti
dengan ilmu jualah perubahan dapat dilakukan ke atas lingkungan fizikal sama
ada individu atau masyarakat.
“Justeru kami berharap keagungan tamadun umat Islam di negeri ini dapat
dipertingkatkan dengan adanya penganjuran pelbagai jenis program pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu Guru Besar SK Pusa, Hajjah Hamisah telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang diberikan oleh pihak TBS di atas keprihatinan mereka dalam memeriahkan budaya ilmu yang diusahakan.
Tamat.
No comments:
Post a Comment