SRI AMAN, Jumaat (15 Jun) – Penghuni dari sebuah rumah panjang di kawasan Bandar Sri
Aman telah gempar berhubung penemuan seekor anak reptilia di dalam sebuah
tempayan simpanan haiwan Labi-Labi milik salah seorang penduduk di situ
kelmarin.
Menurut sumber kejadian itu disedari oleh pemilik tempayan berkenaan
apabila beliau mahu menukar air yang digunakan untuk menyimpan haiwan Labi-Labi
peliharaannya pada waktu awal pagi tersebut.
“Penduduk itu kemudiannya menyedari bahawa terdapat haiwan lain yang berada
bersama dengan Labi-Labi peliharaannya ketika cuba menukar air di dalam bekas
tempayan tersebut.
“Disebabkan keliru terhadap jenis haiwan berkenaan, pemilik Labi – Labi
tersebut kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada penghuni rumah panjang
yang lain untuk kepastian lanjut,” kata sumber.
Sesetengah penghuni rumah panjang kata sumber mengandaikan bahawa reptilia
tersebut sebagai anak buaya dan berjaya memasuki tempayan berkenaan namun
setengahnya pula mengandaikan bahawa reptilia terbabit adalah dari spesis
Biawak.
Ini kerana mustahil bagi anak buaya kata sumber mempunyai corak berbintik
kuning dan berjalur di seluruh bahagian tubuhnya serta mampu memanjat tempayan
simpanan Labi-Labi berkenaan.
“Lagipun andaian berkenaan mungkin timbul memandangkan rumah panjang
tersebut berada berdekatan dengan sungai yang sememangnya mempunyai habitat
buaya selama ini,” kata sumber.
Utusan Sarawak yang berjaya mendapatkan gambar tersebut daripada sumber
akhirnya mendapati bahawa reptilia berkenaan dipercayai adalah dari spesis
haiwan Biawak hasil kajian dari laman web google search di internet.
“Penghuni rumah panjang terbabit akhirnya melepaskan binatang berkenaan di
kawasan hutan berdekatan,” kata sumber sambil menambah bahawa kejadian terbabit
adalah yang kali pertama berlaku di rumah panjang mereka selama ini.
Tamat
No comments:
Post a Comment