Caption: UNTUK ALBUM...Patrick Michael (kanan sekali) ketika merakamkan
gambar kenangan bersama wakil Big Bikers Sri Aman pada program tersebut
baru-baru ini.
SRI AMAN, Jumaat (15 JUn) – Sri Aman Big Bikers Club telah membuktikan kesungguhan
dalam penubuhan kelab mereka apabila telah mengambil bahagian dalam acara
Borneo Island International Big Bike Festival di Kalimantan, Indonesia
baru-baru ini.
Patrick Michael Malanjin menerusi kenyataan medianya kepada Utusan Sarawak
hari ini memberitahu acara yang disertai oleh Sri Aman Big Bikers itu telah
diadakan di Singkawang – Pontianak, Indonesia bermula dari 8 hingga 10 Jun
lepas.
“Sri Aman Big Bikers Club telah pun menghantar sejumlah empat orang wakil
bagi bersama-sama memeriahkan Borneo Island International Big Bike Festival
yang berlangsung di negara jiran.
“Antaranya ialah saya sendiri (Ketua Pergerakan Pemuda Bumiputera SUPP
cawangan Simanggang), Roslan Ali (Pengurus Bank Rakyat Sri Aman), Encik Jamali
(pengurus syarikat persendirian) dan Arip Abong (Jabatan Tanah Dan Survei Sri
Aman),” katanya.
Kata Patrick, acara Borneo Island International Big Bike Festival terbabit juga
telah melibatkan para peserta dari negara Brunei, negeri Sabah, negeri Sarawak
dan dari wilayah sekitar Kalimantan Indonesia.
Borneo Island International Big Bike Festival berkenaan katanya telah
diserikan dengan persembahan nyanyian lagu secara langsung, jualan aksesori
motorsikal, pameran dan banyak lagi.
“Ya program seperti ini sememangnya mengeratkan hubungan silaturahim di
antara semua peserta dari seluruh pelusuk kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak,
Brunei, Indonesia).
“Ia secara tidak langsung juga boleh mempromosi motorsikal berkuasa tinggi
ke tahap lebih tinggi selepas ini. Justeru saya berharap agar program seperti
ini diadakan di Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa penganjuran program permotoran seperti itu di
Sri Aman akan dapat mempromosi Bandar Benak dikalangan pelancong asing pada
masa akan datang.
Tamat.
No comments:
Post a Comment