Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Kelas Jahitan PLPB buka pengambilan mulai sekarang



SRI AMAN, Isnin (11 Jun) – Penduduk berusia 18 tahun ke atas dari sekitar kawasan Sri Aman dipelawa untuk menyertai Kelas Jahitan, Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) Sri Aman bagi Siri 2 / 2012.
 
Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Sri Aman menerusi siaran akhbarnya memberithu mereka yang sedang mencari pekerjaan adalah dialu-alukan bagi tujuan terbabit.
 
“Pihak kita akan memulakan sesi pengambilan pelatih bagi Kelas Jahitan, Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) Sri Aman bagi Siri 2 / 2012 berkenaan pada 9 Julan ini nanti.
 
“Masa latihan akan dimulakan dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari,” katanya sambil menambah bahawa kelas latihan terbabit akan diberikan secara percuma dengan peralatan bagi Kelas Jatihan ini akan disediakan oleh pihak penganjur.
 
Kenyataan terbabit turut memberitahu bahawa para pelatih akan menjalani latihan selama enam bulan di Dewan Suarah Sri Aman sebelum mereka layak menerima sijil penyertaan sebaik sahaja tamat menjalani kelas terbabit.
 
Justeru mereka yang berminat boleh menghubungi Jurutunjuk Kelas Jahitan, Roslina Dahlan di talian telefon 013-8192576 jika mahu mengetahui lebih lanjut tentang kelas berkenaan selepas ini.
 
“Borang penyertaan boleh didapati di PPSU Bahagian Sri Aman dan Dewan Suarah Sri Aman. Pemohon perlu mengembalikan semula borang yang telah lengkap diisi itu kepada pihak penganjur pada atau sebelum 6 Julai ini,” katanya.
 
Tamat...

No comments:

Post a Comment