Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Taman Panorama Benak menawan


Caption: MENARIK...Gambar menunjukkan pengunjung (bawah kiri gambar) sedang melihat sebuah kapal pengorek pasir menyusuri Sungai Batang Lupar sebaik sahaja selesai fenomena Benak di situ petang kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (8 Jun) – Jika anda singgah ke Bandar Sri Aman maka janganlah lepaskan peluang untuk melawat ke Taman Panorama Benak yang hanya terletak bersebelahan dengan Pejabat Residen Sri Aman.

Ini kerana Taman Panorama Benak menawarkan lokasi strategik kepada mana-mana pengunjung yang belum pernah menyaksikan pemandangan sekitar kawasan Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Lebih menyeronokkan ialah Taman Panorama Benak memberi peluang kepada pengunjung yang mahu menangkap gambar alunan Benak yang menyusuri sungai terbabit pada setiap awal bulan.

Namun begitu hasil tinjauan rambang Utusan Sarawak kelmarin mendapati bahawa ‘kekuatan’ taman tersebut bukan sahaja terletak kepada keinginan pengunjung untuk melihat Benak.

Malah ia juga disebabkan oleh keindahan dan suasana santai taman tersebut yang turut menghubungi Taman Tebingan Sungai Sri Aman melalui lorong-lorong pejalan kaki di situ.

“Ada benak atau tidak, saya sememangnya gemar bersantai di sini,” kata dua orang dua orang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Mathew bersama rakannya James dari Kuching.

Kata mereka Taman Panorama Benak sememangnya amat cantik dan secara kebetulan dilihat amat wajar dibina untuk bersambungan dengan Taman Tebingan Sungai Sri Aman selama ini.

Atas sebab inilah mereka percaya bahawa Taman Panorama Benak sering menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menenangkan fikiran dengan membawa seisi keluarga untuk bersiar-siar di situ selama ini.

“Paling penting ialah penduduk tempatan perlu bersikap terbuka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di sekitar kawasan Taman Panorama Benak serta Taman Tebingan Sungai Sri Aman dari masa ke semasa.

“Jangan lakukan aktiviti vandalisme di sini. Hargailah kemudahan pelancongan yang anda ada demi mengangkat nama Bandar Sri Aman dikalangan pelancong asing pada masa akan datang,” katanya mereka.

Taman.





No comments:

Post a Comment