Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 14, 2012

Rakyat digalak jayakan kempen kesihatan - Harden


Caption: TURUN PADANG...Harden sedang menjalani proses pemeriksanaan kesihatan ketika menghadirkan diri dalam kempen derma darah yang berlangsung di bandar Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (13 Jun) – Rakyat digalak untuk mengambil bahagian dalam mana-mana program bersifat kesihatan yang diadakan di kawasan mereka kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya program bersifat seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma dan derma darah adalah merupakan peluang yang tidak seharusnya dilepaskan oleh rakyat memandangkan ia boleh memberi kebaikan kepada hidup mereka selepas itu.

“Kita tahu tidak ramai rakyat yang mengambil berat terhadap program pemeriksaan secara percuma dan juga kempen derma darah yang sering diadakan oleh pelbagai pihak di Sri Aman selama ini.

“Mungkin faktor publisiti adalah punca utama kepada perkara ini. Justeru saya berharap agar penganjuran sesuatu program kesihatan itu mendapat hebahan lebih awal agar rakyat tahu tempoh serta lokasi program tersebut selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian kepada media sebaik sahaja menghadiri Program Derma Darah 2012 anjuran sebuah persatuan Cina di sini baru-baru ini.

Selain itu Harden juga mengalakkan persatuan di kawasan Sri Aman untuk bekerjasama dengana agensi kerajaan bagi menjayakan penganjuran program kesihatan di sini pada masa akan datang.

“Kita minta pihak persatuan di kawasan Sri Aman untuk sama-sama membantu kerajaan bagi mewujudkan golongan komuniti sihat yang seterusnya boleh menyumbang kepada masa depan pembangunan negara selepas ini.

“Mereka mungkin boleh bertindak untuk turun padang ke kawasan luar bandar bagi menyedarkan rakyat tentang betapa pentingnya aspek penjagaan kesihatan dalam hidup masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Harden juga menyeru ibubapa untuk memainkan peranan penting dalam menanam sikap cintakan kesihatan diri dikalangan anak-anak agar ia menjadi amalan wajib hidup mereka apabila meningkat dewasa kelak.

Tamat

No comments:

Post a Comment