Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 7, 2012

Kekalkan adat resam menerusi perayaan Gawai - Liwan


Caption: UNTUK ALBUM...Liwan (tengah) bersama Datuk Stephen (kanan) ketika bersama para hadirin serta penduduk sempena kunjungan Gawai di Sekuau, Selangau pada 2 Jun lepas.

SELANGAU, Rabu (6 Jun) – Warisan kebudayaan dan adat resam kaum Dayak perlu dikekal serta dipelihara oleh semua pihak  menerusi perayaan Gawai yang diadakan dalam negeri ini pada setiap tahun.

Menteri Muda Pembangunan Sosial (Warisan Dan Kebudayaan), Liwan Lagang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kunjungan Perayaan Gawai ke Rumah William Lunsa, Sekuau di Selangau, Sibu pada 2 Jun lepas.

Menurut beliau usaha terbabit adalah amat penting agar budaya dan adat resam kaum Dayak di negeri ini dapat terus dipelihara dikalangan golongan generasi muda pada masa akan datang.

“Perayaan Gawai sebenarnya adalah merupakan pentas penting untuk memperkenalkan budaya dan adat resam kaum Dayak terhadap orang Dayak itu dan orang dari lain-lain kaum.

“Kita mahu golongan generasi muda Dayak pada masa sekarang menghargai budaya dan adat resam yang dimiliki oleh kaum mereka sendiri demi memastikan kesinambungannya terus ada pada zaman akan datang,” kata beliau.

Selain itu Liwan juga meminta kerjasama daripada orang Dayak untuk sentiasa menjayakan pelbagai program bercorak kebudayaan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan di kawasan mereka sendiri.

Kerjasama antara penduduk kaum Dayak dan kerajaan ini nanti katanya secara tidak langsung akan dapat mengangkat budaya serta adat resam kaum mereka ke tahap yang lebih tinggi untuk tatapan generasi seterusnya.

“Kita tidak mahu generasi muda Dayak pada masa hadapan tidak mengetahui budaya dan adat resam milik kaum mereka sendiri sekiranya tanya oleh orang dari lain-lain kaum selepas itu,” menurut beliau.

Hadir sama pada majlis kunjungan terbabit ialah Panglima 9 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Penasihat Gawai 2012, Ambrose Jarit, para kakitangan kerajaan dan para ketua kaum di sini.

Liwan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah William Lunsa sempena kunjungan tersebut.

Tamat.









No comments:

Post a Comment