Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, June 6, 2012

SK Nanga Klassen adakan Majlis Permuafakatan




Caption:

1. TERIMALAH...Presiden Rotary Club Kuching, Juergen sedang memberi bantuan cermin mata kepada salah seorang murid ketika berlangsungnya majlis tersebut baru-baru ini.

2. DAPAT SAMBUTAN...Antara ibubapa yang hadir bagi menjayakan Majlis Permuafakatan SK Nanga Klassen baru-baru ini.

By Charles Albert & Jessica Farhana

SRI AMAN, Isnin (29 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen telah bertekad untuk mencapai tahap kecemerlangan sekolah yang lebih tinggi menjelang tahun 2016 akan datang.

Justeru, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Nanga Klassen, Jessica Lahak @ Nur Farhana Abdullah berkata satu Majlis Hari Permuafakatan Bersama Ibubapa telah pun diadakan di dewan sekolah berhubung hasrat tersebut baru-baru ini.

“Pencapaian akademik yang agak kurang memberangsangkan pada awal tahun ini telah menyebabkan para guru bersepakat untuk melibatkan para ibubapa dalam merangsang pembelajaran anak-anak mereka.

“Lagipun pihak kita juga akan menggerakkan peranan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) dalam mempertingkat kecemerlangan akademik anak-anak secara langsung seperti yang dilakukan oleh PIBG SK Ulu Lubai sebelum ini,” katanya.

Selain itu pelbagai inisiatif kata beliau turut dilaksanakan bagi melengkapkan diri para pelajar dengan ilmu yang sewajarnya menerusi penganjuran pelbagai program akademik bagi memperbaiki tahap pencapaian mereka pada tahun ini.

Terdahulu wakil Guru Besar merangkap Penolong Kanan Pentadbiran, Samat Duri, telah memberi ucapan alu-aluan kepada semua ibubapa yang hadir sebelum disambung oleh Yang Dipertua PIBG SK Nanga Klassen, Denneil Saweng.

Menerusi majlis itu ibubapa telah berkongsi maklumat pencapaian akademik pelajar SK Nanga Klassen secara menyeluruh dari Pra hingga ke tahun 6 dan program berbentuk akademik yang telah dirancang untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian murid pada peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Para pegawai dari Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman yang  diketuai oleh Mary Terrance selaku Penolong Penyelia UPA dan tiga orang pegawai FasiLinus iaitu Amelda, Azri dan Johnny hadir sama bagi menjayakan majlis itu.

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran pihak Rotary Club yang diwakili oleh Presidennya Jourgent Erlt bersama Abel Cheng yang menyampaikan sumbangan berupa cermin mata kepada lima orang pelajar yang terpilih. 

Majlis Permuafakatan SK Nanga Klassen telah berjalan dengan lancar dengan peranan dan kerjasama antara ibubapa dan para guru digembleng untuk melahirkan modal insan yang saja berkualiti segi intelek tetapi juga rohani.

Tamat.

No comments:

Post a Comment