Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, June 6, 2012

RISDA sudah lulus 31 permohonan di Sri Aman - Mong



Caption: SELESAI...Mong bersama Hadi (kiri) dan tetamu khas ketika selesai menanam anak pokok getah sebagai simbolik perasmian majlis terbabit hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (26 Mei) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA telah meluluskan sebanyak 31 permohonan bagi projek penanaman getah di daerah Sri Aman bagi sepanjang tahun 2012 ini.

Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang berkata kesemua 31 permohonan bagi projek penanaman getah itu melibatkan sejumlah 82.5046 hektar tanah milik peserta projek tersebut.

“Secara keseluruhan pihak RISDA telah menerima sejumlah 44 buah permohonan daripada peserta di daerah Sri Aman bagi tahun 2012 yang melibatkan sejumlah 104.9791 hektar tanah.

“19 permohonan yang melibatkan tanah seluas 54.7589 hektar telah pun di bayar oleh pihak RISDA sejajar dengan usaha kita untuk mengalakkan petani bagi melibatkan diri dalam projek penanaman getah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Membaja Amalan Pertanian Baik (GAP) Dan Learning Day Peringkat RISDA Bahagian Samarahan di Kampung Kandis Lachau, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Sri Aman hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan mengalakkan golongan petani untuk memohon projek penanaman getah dan tanam semula tersebut daripada pihak RISDA

“Ini merupakan salah satu program yang diimplementasi oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membasmi masalah kemiskinan dikalangan penduduk luar bandar dari masa ke semasa,” katanya.

Mong turut menambah bahawa kerajaan akan memberi jaminan bagi menyokong sepenuhnya perlaksanaan GAP ini diseluruh negeri Sarawak demi membolehkan golongan pekebun kecil menikmati hasil positif projek pembangunan selepas ini.

Hadir sama ialah Pengarah RISDA Sarawak, Abdul Hadi Yunus, Ketua Stesen RISDA Sri Aman, Tawera Mamat, Kapitan Bong Chock Lin, Fam Than Hon (tuan tanah) dan wakil Pegawai Penerangan Sri Aman, Salleh Imun.

Tamat.


No comments:

Post a Comment