Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, June 7, 2012

Eratkan hubungan di bawah Komuniti 1 Malaysia - Masir


Slug: MasirKesindu + pic 05.06.12

Caption: TAHNIAH...Masir menyampaikan hadiah kepada wakil pemenang sambil disaksikan oleh tetamu khas pada majlis itu di Kampung Kesindu, Simunjan baru-baru ini.

Abang Naim Abang Pauzi

SIMUNJAN, Selasa (5 Jun) - Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Simunjan telah menganjurkan Program Penghayatan 1Malaysia yang berlangsung di Balai Raya, Kampung Kesindu, Simunjan baru-baru ini.

Program Penghayatan 1Malaysia yang dianjur menerusi kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Daerah Simunjan itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Masir ketika berucap pada majlis berkenaan berkata bahawa beliau amat berbangga terhadap penganjuran program seperti itu memandangkan ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk selepas ini.

‘Kerjasama dengan rakan-rakan dapat memupuk semangat perpaduan serta membantu mencapai matlamat konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak,’ katanya.

Masir juga turut menegaskan bahawa semua penduduk memain peranan penting untuk menjayakan perlaksanaan program perpaduan di negeri ini ke arah mencapai status negara maju di masa akan datang.

Sementara itu beliau pada majlis itu juga melahirkan rasa amat kesal berhubung sikap sesetengah pihak yang cuba menghasut penduduk sehingga beliau dihalang daripada melawat ke kawasan yang beliau wakili selama ini.

“Justeru saya berharap agar penduduk di kawasan Parlimen Sri Aman tidak terpedaya dengan hasutan kumpulan terbabit yang cuba memecahbelahkan perpaduan penduduk di sini lebih-lebih lagi ketika menjelang musim pilihan raya sekarang,” katanya.

Terdahulu Pegawai Penerangan Daerah Simunjan, Maria Tungkat berharap agar program itu dapat memperkasakan semangat perpaduan dan seterusnya demi melahirkan golongan penduduk yang berilmu serta berdikari melalui aktiviti sosial selepas ini.

Ketua Kampung Kesindu, Robert Gana Jampong pula merakamkan ucapan terima kasih kepada JPM atas penganjuran program seperti itu dan seterusnya melahirkan rasa bangga di atas kesudian Masir untuk hadir bagi merasmikan majlis penutupan program tersebut.

Sejumlah empat buah K1M dari Pekan Simunjan, Sebuyau, Tebelu dan Batang Kanan hadir pada program itu bagi menjayakan Pertandingan Sukaneka dan Pertunjukan Kebudayaan sebelum kesemua pemenang memperoleh hadiah berupa komputer riba 1 Malaysia sumbangan kerajaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment