Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 2, 2012

Tolong jalan berlubang di Jalan Bayu


Caption: PERLU TINDAKAN...Lubang jalan di Jalan Bayu, Sri Aman perlu diturap semula dengan keselesaan pengguna kenderaan di situ selepas ini.

SRI AMAN, Rabu (29 Feb) – Pengguna kenderaan khasnya penghuni dari kawasan perumahan Jalan Bayu, Sri Aman meminta kerjasama baik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menurap lubang jalan di situ selepas ini.

Seorang penduduk, Elison Linggoh, memberitahu lubang seluas satu kaki itu sememangnya tidak dapat dielakkan oleh pengguna kenderaan yang sering berulang-alik ke bandar selama ini.

“Lubang seluas satu kaki ini di Jalan Bayu ini mempunyai tahap kedalaman yang cukup untuk menyebabkan kenderaan anda terhentak ketika seringkali melalui kawasan jalan raya tersebut.

“Kami tidak dapat mengelakkan daripada terhentak di lubang jalan berkenaan lebih-lebih lagi ketika laluan penuh dengan kenderaan yang datang dari arah hadapan. Mahu tidak mahu anda terpaksa melaluinya,” kata beliau.

Beliau yakin bahawa kerosakan jangka masa panjang akan berlaku terhadap mana-mana kenderaan milik penduduk yang sering melalui kawasan jalan rosak di Bayu sekiranya ia tidak dibaiki segera.

Justeru Elison berharap agar keselesaan pengguna kenderaan di Jalan Bayu dapat dipulihkan semula dengan adanya usaha menurap kembali lubang terbabit oleh PBT selepas ini.

“Ada di antara pengguna kenderaan yang terpaksa menggunakan laluan alternatif sekiranya mahu mengelak dari melanggar lubang jalan berkenaan. Atas sebab ini saya berharap agar pihak PBT mengambil berat terhadap masalah tersebut,” katanya.

Tamat.






No comments:

Post a Comment