Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

Rayong teraju SABERKAS Engkilili



Caption: SEDIA BERKHIDMAT...Rayong (tengah) ketika bersama barisan jawatankuasa induk SABERKAS cawangan Engkilili 2012-2015.

ENGKILILI, Rabu (14 Mac) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilil, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa telah dipilih sebagai Pengerusi SABERKAS cawangan Engkilili bagi sesi tahun 2012 hingga 2015.

Beliau dipilih menerusi mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa SABERKAS Engkilili di pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Engkilili, dalam Daerah Kecil Engkilili baru-baru ini.

Jawatan Timbalan Pengerusi I bagi SABERKAS cawangan Engkilili ini pula telah disandang Kanselor Nyambong Maweng dengan Tuai Rumah Pandi dipilih menjadi Timbalan Pengerusi II.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Dato Sri Douglas Uggah Embas dijangka akan merasmikan SABERKAS cawangan Engkilili dan Yayasan Pendidikan 1 Engkilili pada 1 April ini.

Dijangka hadir sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Len Talif Salih, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Dr Rayong.

Tujuan majlis itu nanti ialah untuk mencari dana bagi Yayasan Pendidikan 1 Engkilili.

Tamat.



No comments:

Post a Comment