Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

Roselyn Abunawas teraju semula SIDS Sri Aman


Caption: BARISAN BARU...Roselyn (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli SIDS cawangan Sri Aman bagi penggal tahun 2012 – 2013 sebaik sahaja tamat mesyuarat agung di sini kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (13 Mac) – Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi memilih jawatankuasa baru untuk meneraju persatuan terbabit bagi penggal tahun 2012 – 2013 kelmarin.

Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka dalam Bandar Sri Aman ini menyaksikan Roselyn Abunawas dipilih semula untuk memegang jawatan pengerusi persatuan tersebut bagi penggal tahun berkenaan.

Perlantikkan semula Roselyn selaku Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman ini juga turut menyaksikan Lansing Bansi dilantik untuk menyandang jawatan Timbalan Pengerusi dengan Sima Jawa dilantik sebagai Setiausaha persatuan tersebut,

Manakala itu Florance Briku dan Margaret Ann Bajai pula telah dipilih sebagai Penolong Setiausaha dan Bendahari SIDS cawangan Sri Aman menerusi mesyuarat agung tahunan terbabit.

Jawatan Penolong Bendahari telah disandang oleh Catherine Musa dengan Pauline Ibai, Lita Tukang, Berambun Joseph, Catherina Kimblin dan muka baru iaitu Florance Rorin Rijan dipilih sebagai ahli jawatankuasa persatuan itu.

Mesyuarat Agung Tahunan SIDS cawangan Sri Aman ini juga menyaksikan Dora Landong sekali lagi telah dilantik sebagai penasihat SIDS Cawangan Sri Aman bagi penggal tahun berkenaan.

Terdahulu Roselyn ketika berucap pada mesyuarat itu berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengerusi dengan penuh amanah demi kebaikan SIDS cawangan Sri Aman selepas ini.

“Justeru saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kesemua aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan berjalan dengan lancar dan berjaya demi pembangunan komuniti setempat dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment