SRI AMAN, Khamis (22 Mac) – Gara-gara disebabkan oleh binatang peliharaan, dua orang
adik-beradik telah bertengkar hingga nyaris melibatkan penggunaan senjata tajam
di sebuah rumah panjang dalam kawasan Bahagian Sri Aman malam tadi.
Kisah bermula apabila salah seorang dari adik-beradik berkenaan terlibat
dalam kerja pembahagian daging di sebuah kampung berdekatan sambil menikmati
minuman keras di situ dari pagi hingga ke petang.
Sebaik sahaja pulang ke rumah panjang pada waktu malam, beliau telah
bertindak membawa masuk anjing ke bilik untuk memberi makan sehingga ia
menimbulkan rasa kurang senang terhadap abangnya sendiri.
“Si abang menegur adiknya agar memberi anjing makan di luar rumah panjang.
Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati si adik yang juga
menyalahkan abangnya kerana turut memberi kucing makan di dapur rumah.
“Disebabkan tidak mahu bertengkar, si abang kemudiannya hanya mendiamkan
diri dan melakukan kerja rumah sebelum adiknya itu bertindak mahu menetak
kucing dengan menggunakan senjata tajam di dapur rumah,” kata sumber.
Si adik yang dipercayai berada dalam pengaruh alkohol itu kemudiannya mahu
bertindak melibas si abang dengan menggunakan senjata tajam itu setelah ditegur
berhubung kejadian terbabit.
“Ibubapa kedua-dua beradik tersebut terus bertindak untuk meleraikan
pergaduhan terbabit. Kejadian itu nyata tidak mengembirakan hati abangnya
setelah diperlakukan demikian oleh adiknya sendiri.
“Si adik dipercayai hanya mahu mengertak abangnya dengan senjata tajam itu
namun bukan dengan sepenuh hati,” kata sumber sambil menambah bahawa kejadian
tersebut menyebabkan abangnya mahu bertindak keluar dari rumah selepas ini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment