Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, March 7, 2012

STU Kuching lawat Sri Aman



Caption: UNTUK KENANGAN...Para ahli STU Bahagian Kuching dan Sri Aman sedang bergambar kenangan ketika melawat ke Taman Panorama Benak pada 26 Februari lepas.

SRI AMAN, Isnin (5 Mac)  - Kesatuan Guru Sarawak atau STU Bahagian Kuching yang diketuai oleh pengerusinya, cikgu Aziz telah mengadakan program lawatan muhibah ke Bandar Sri Aman pada 26 Februari lepas.

Siaran media kepada Utusan Sarawak memberitahu lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan disamping bertukar-tukar fikiran dengan para ahli jawatankuasa STU Bahagian Sri Aman.

“Selain itu para rombongan STU Bahagian Kuching menerusi program ini juga dibawa melawat ke beberapa buah lokasi menarik di Sri Aman antaranya ialah Rumah Sri Aman dan Taman Panorama Benak.

“Lawatan ke Taman Panorama Benak, khususnya bilik pameran benak telah memberi makna mendalam kepada para ahli rombongan memandangkan mereka juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena Benak di Sungai Batang Lupar secara langsung,” katanya.

Pada 27 Februari pula, para rombongan STU Bahagian Kuching kata kenyataan terbabit pula telah mengadakan lawatan ke Pekan Lubok Antu dan Empangan Hidroelektrik Batang Ai.

Sesi lawatan STU Bahagian Kuching ke Bahagian Sri Aman telah berakhir dengan berlangsungnya majlis makan tengahari di rumah Naib Pengerusi STU Bahagian Sri Aman iaitu Andrew Bugie.

Terdahulu Pengerusi STU Bahagian Sri Aman, Goh Kaw Sze berharap agar lawatan ini akan dapat mengeratkan hubungan antara mereka dan seterusnya memberi impak kepada pergerakan untuk memartabatkan profesion perguruan dan aktiviti kesatuan selepas ini.

“STU sedang berada pada era transformasi hasil dari lapan resolusi yang baru diluluskan oleh Mesyuarat EXCO Tertinggi STU di Miri sebelum ini. Dengan kata lain ahli STU dan komuniti guru mesti bersedia menghadapi realiti dan cabaran baru di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

1 comment: