Caption:
UNTUK KENANGAN...Para ahli STU Bahagian Kuching dan Sri Aman sedang bergambar
kenangan ketika melawat ke Taman Panorama Benak pada 26 Februari lepas.
SRI
AMAN, Isnin (5 Mac) - Kesatuan Guru Sarawak atau STU Bahagian Kuching yang diketuai
oleh pengerusinya, cikgu Aziz telah mengadakan program lawatan muhibah ke Bandar
Sri Aman pada 26 Februari lepas.
Siaran
media kepada Utusan Sarawak memberitahu lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan
hubungan disamping bertukar-tukar fikiran dengan para ahli jawatankuasa STU Bahagian
Sri Aman.
“Selain
itu para rombongan STU Bahagian Kuching menerusi program ini juga dibawa
melawat ke beberapa buah lokasi menarik di Sri Aman antaranya ialah Rumah Sri
Aman dan Taman Panorama Benak.
“Lawatan
ke Taman Panorama Benak, khususnya bilik pameran benak telah memberi makna
mendalam kepada para ahli rombongan memandangkan mereka juga berpeluang untuk menyaksikan
fenomena Benak di Sungai Batang Lupar secara langsung,” katanya.
Pada
27 Februari pula, para rombongan STU Bahagian Kuching kata kenyataan terbabit
pula telah mengadakan lawatan ke Pekan Lubok Antu dan Empangan Hidroelektrik Batang
Ai.
Sesi
lawatan STU Bahagian Kuching ke Bahagian Sri Aman telah berakhir dengan berlangsungnya
majlis makan tengahari di rumah Naib Pengerusi STU Bahagian Sri Aman iaitu Andrew
Bugie.
Terdahulu
Pengerusi STU Bahagian Sri Aman, Goh Kaw Sze berharap agar lawatan ini akan dapat
mengeratkan hubungan antara mereka dan seterusnya memberi impak kepada pergerakan
untuk memartabatkan profesion perguruan dan aktiviti kesatuan selepas ini.
“STU
sedang berada pada era transformasi hasil dari lapan resolusi yang baru
diluluskan oleh Mesyuarat EXCO Tertinggi STU di Miri sebelum ini. Dengan kata
lain ahli STU dan komuniti guru mesti bersedia menghadapi realiti dan cabaran
baru di masa akan datang,” katanya.
Tamat.
Thank you very much for the excellent hospitality.
ReplyDelete