Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 9, 2012

Pembangkang sekarang ada kanta pembesar - Mong


Caption: FOKUS...Mong (tengah) bersama Masir (kiri) ketika mendengar komen yang disampaikan oleh ketua kaum menerusi sesi dialog sempena majlis itu hari ini.

SRI AMAN, Rabu (7 Mac) – Pihak pembangkang mula menggunakan ‘kanta pembesar’ untuk mencari pelbagai isu yang boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang berkata pihak pembangkang mula bertindak demikian memandangkan musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kian hampir pada masa sekarang.

“Sehinggakan rumput yang tumbuh di tengah jalan juga akan dipersoalkan oleh mereka  begitu juga dengan isu pemberhentian bantuan pertanian kepada Frusis Lebi yang sengaja diperbesarkan oleh mereka demi kepentingan politik masing-masing.

“Itu taktik mereka meraih sokongan politik daripada rakyat menjelang pilihan raya ini. Dengan berbuat demikian mereka mahu rakyat memberi sokongan kepada pembangkang dan seterusnya membenci kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Ketua Kaum dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu Mong yang juga ADUN Bukit Begunan meminta rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman agar tidak mengadaikan masa depan pembangunan di penempatan masing-masing selepas ini.

“Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang pembangkang war-warkan kepada anda (rakyat Parlimen Sri Aman) berhubung isu pemberhentian bantuan pertanian kepada Frusis menjelang musim pilihan raya kelak.

“Frusis sudah mendapat banyak bantuan pertanian daripada kerajaan berbanding dengan rakyat yang lain. Justeru adalah tidak berbaloi hanya kerana beliau rakyat yang lain tidak mendapat bantuan seperti itu selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Bukit Begunan, Jiram Chendang dan 210 orang ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment