Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, March 12, 2012

Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2012 bermula 30 Mac


Mugshot: ZAIDIL HAJI RIPIN

- 10 Mac

Berita baik untuk peminat sukan futsal di Sri Aman. Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFC) akan menganjurkan Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2012 bermula 30 Mac hingga 1 April ini nanti.

Setiausaha SAFC, Zaidil Haji Ripin berkata pertandingan yang terbahagi kepada Kategori Lelaki dan Wanita itu akan berlangsung di Kompleks Sukan, KPSU) Sri Aman dan hanya terbuka kepada pasukan futsal dari sekitar Bahagian Sri Aman

“Pertandingan ini akan diadakan secara liga berkumpulan. Pasukan juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan berentap di saingan suku akhir, separuh akhir dan akhir bagi pertandingan itu nanti.

“Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan Liga Futsal Bahagian Sri Aman terbabit daripada Tahir Brahim di talian telefon 019-8743288 atau Hamnie Sidek di talian 012-8579646,” katanya.

Dengan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM70 untuk lelaki dan RM50 untuk wanita, setiap pasukan katanya dikehendaki menghantar kembali borang penyertaan liga futsal terbabit kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup pada 25 Mac ini.

Zaidil turut memberitahu bahawa juara kategori Lelaki bagi Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2012 ini nanti akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai  RM800, piala dan pingat.

Manakala pasukan naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori Lelaki liga futsal ini katanya akan memperoleh hadiah berupa wang tunai bernilai RM500 dan RM250 beserta dengan piala serta pingat.

“Juara Kategori Wanita pula akan memperoleh hadiah bernilai RM500, piala dan pingat. Pasukan yang menduduki kedudukan naib juara dan tempat ketiga akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM300 dan RM200 beserta piala dan pingat,” katanya.

Terdahulu penganjuran Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2012 ini membolehkan SAFC memilih wakil pasukan ke Pertandingan Futsal Piala Sarawak yang bakal diadakan pada bulan Mei ini di Kuching.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis bakal menyempurnakan Majlis Penutupan Liga Futsal Bahagian Sri Aman 2012 ini pada 1 April kelak.

Tamat 

No comments:

Post a Comment