Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

Murd SK Sageng, Simunjan terima bantuan khas


Caption: TERIMA KASIH...Norliana (kiri sekali) menyerah wang bantuan kepada seorang penerima (tengah) sambil disaksikan oleh Penolong Kanan SK Sageng iaitu Jaafar Daud pada upacara ringkas berkenaan.

SIMUNJAN, Rabu (14 Mac) – Seramai 45 orang murid Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng, Simunjan telah menerima Wang Bantuan Khas 1Malaysia berjumlah RM100 seorang di sini baru-baru ini.

Wang Bantuan Khas 1Malaysia ini disampaikan sendiri oleh guru kelas Tahun Satu iaitu Wan Norliana Marali kepada para ibubapa murid sambil disaksikan oleh Guru Besar SK Sageng iaitu Abang Monir Haji Wen menerusi majlis ringkas di sekolah tersebut.

Monir ketika dihubungi berkata bahawa wang bantuan tersebut adalah merupakan skim bantuan khas yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas.

“Bantunan ini bertujuan untuk meringankan lagi beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga murid Sk Sageng dalam menguruskan permasalahan peralatan sekolah anak-anak mereka.

“Justeru saya berharap agar Wang Bantuan Khas 1Malaysia tersebut digunakan secara bijak oleh kesemua para ibu bapa demi kebaikan pendidikan anak masing-masing selepas ini,” katanya.

Sementara itu para ibu bapa murid ketika ditemui pada upacara ringkas itu berkata bantuan tersebut akan dapat membantu mereka membeli pakaian dan lain-lain peralatan sekolah untuk anak masing-masing.

“Dengan wang ini dapatlah saya membeli buku dan peralatan persekolahan untuk anak-anak saya,” kata seorang ibu kepada salah seorang murid yang belajar di sekolah berkenaan iaitu Fatimah Ramli, 26 tahun.

Tamat.

No comments:

Post a Comment