Caption: MINTA TOLONG...Sparrow (kanan sekali) bersama pemilik tanah bagi
projek stesen janakuasa kecil elektrik di Kara menunjukkan dokumen berkaitan
gangguan Mesa anak Sigan terhadap pembayaran pampasan tanah oleh kerajaan
kepada pihaknya hari ini.
PANTU, Isnin (12 Mac) – Seramai 15 orang pemilik tanah dari Kampung Kara / Bait,
Pantu meminta campur tangan kerajaan berhubung masalah pembayaran pampasan
terhadap tanah milik mereka pada masa sekarang.
Wakil kumpulan terbabit, Sparrow anak Anyan berkata kisah ini bermula apabila
tanah milik mereka sejumlah 23.5 ekar telah diambilalih oleh kerajaan bagi
tujuan pembinaan stesen janakuasa kecil elektrik di Kara / Bait semenjak 9 Mei
tahun lepas.
“Kesemua 15 orang pemilik tanah di situ termasuk saya sepatutnya menerima bayaran
wang pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM168,000 daripada Jabatan
Tanah Dan Survei (JTS) Bahagian Sri Aman.
“Masalah mula timbul apabila seorang individu iaitu Mesa anak Sigan telah
mendakwa bahawa kesemua 23.5 ekar tanah terbabit termasuk kawasan sekitar tanah
seluas 500 meter di tapak projek itu adalah miliknya,” katanya ketika ditemui
hari ini.
Disebabkan oleh camputangan individu tersebut, pihak JTS Sri Aman katanya
telah menyerahkan wang pampasan tersebut kepada pihak Mahkamah Adat Bumiputera
Sri Aman sehingga kes tersebut selesai.
Sparrow menambah pihaknya terus bertindak menfailkan laporan polis pada 1
Ogos tahun lepas memandangkan Mesa telah memberi maklumat palsu kepada JTS
dengan mendakwa bahawa tanah yang telah diukur serta disukat itu adalah
miliknya.
“Beliau (Mesa) tidak mempunyai tanah di kawasan tapak projek berkenaan.
Setelah membuat laporan polis, kumpulan kami seterusnya bertindak menfailkan
saman terhadap Mesa di Pejabat Daerah Kecil Pantu kira-kira dua minggu selepas
itu.
“Bagaimanapun kami dimaklumkan oleh pihak Pejabat Daerah Kecil Pantu bahawa
Mesa enggan menurunkan tandatangan terhadap surat saman terbabit. Tindakan
beliau nyata amat mengecewakan kami,” menurut Sparrow.
Atas sebab ini kumpulannya telah menulis surat kepada wakil rakyat di
kawasan mereka dan memohon pihak kerajaan agar campurtangan untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan secepat mungkin mulai sekarang.
“Kami tiada tempat mengadu lagi berhubung masalah terbabit. Justeru kami
merayu pihak kerajaan untuk segera turun padang bagi menyelesaikan masalah itu
demi kebaikan kesemua 15 orang pemilik tanah tapak projek tersebut,” katanya.
Tamat,.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete