Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, March 7, 2012

29 kontraktor join kursus baiki konkrit


Caption: SEMOGA BERJAYA…Salleh (lima kiri) ketika bergambar kenangan bersama peserta kursus sebaik sahaja selesai kursus itu pada minggu lepas.

SRI AMAN, Isnin (5 Mac) - Seramai 29 orang kontraktor berdaftar dan kontraktor baru mengambil bahagian dalam Kursus Kerja Pembaikan Konkrit yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman dari 27 Februari hingga 2 Mac lepas.

Kursus anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu   melibatkan para kontraktor baru dan lama dari kawasan Pusa, Engkilili, Lubok Antu dan Sri Aman.

Penceramah popular iaitu Dr Haji Salleh Sabol telah diberi tugas untuk menyampaikan ceramah kepada para peserta bagi Kursus Kerja Pembaikan Konkrit di Dewan Suarah Sri Aman terbabit.

Salleh ketika berucap pada majlis penyampaian sijil itu menasihatkan para peserta agar memanfaatkan segala ilmu dalam bidang pembinaan yang mereka perolehi dengan sebaik mungkin.

“Saya menasihatkan anda semua agar bekerja dengan gigih sekiranya ingin menjadi seorang kontraktor yang berjaya dengan menggunakan sebaik mungkin ilmu berkenaan selepas ini,” katanya.

Beliau juga turut menasihatkan para peserta agar sentiasa kerap menghadiri kursus yang dianjurkan oleh mana-mana agensi beriktiraf demi mendalami pengetahuan masing-masing terhadap bidang pembinaan di masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment