Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, March 7, 2012

Sukan satukan masyarakat - Rayong



Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (kiri) dan Nyalau (kanan) bergambar kenangan bersama Goh (belakang Rayong) serta tetamu khas yang lain sebelum bermulanya pertandingan itu kelmarin.

ENGKILILI, Selasa (6 Mac)  – Aktiviti sukan mampu berfungsi sebagai sebuah platform penting untuk menyatukan semua penduduk berbilang kaum dalam kawasan Engkilili dan Lubok Antu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Badminton Tertutup Engkilili / Lubok Antu anjuran Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sri Aman dan kakitangan guru SMK Engkilili di sini kelmarin.

Katanya bersukan bukan sahaja boleh menyatu-padukan semua penduduk malah boleh memberi tahap kecergasan dan kesihatan yang memuaskan kepada mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih STU Sri Aman kakitangan SMK Engkilili kerana menganjurkan pertandingan seperti ini dan berjanji akan memberi bantuan kewangan jika perlu bagi aktiviti yang sama akan datang.

“Justeru saya mengalakkan warga penduduk dari kedua-dua kawasan terbabit untuk lebih aktif melibatkan diri dalam acara sukan selepas ini demi kebaikan diri masing-masing,” katanya

Manakala itu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak perlu melahirkan sokongan padunya terhadap aktiviti seperti itu dan mahu ia terus dijadikan sebagai acara tahunan dalam kawasan parlimen beliau.

Di akhir majlis perasmian pertandingan tersebut, Nyalau dan Rayong masing-masing telah menyampaikan bantuan kewangan bernilai RM2,000 serta RM3,000 kepada STU Sri Aman sebagai tanda sokongan mereka terhadap pertandingan tersebut.

Terdahulu pertandingan yang hanya terbuka untuk penyertaan warga Engkilili dan Lubok Antu ini telah disertai sejumlah 21 buah regu senior, 10 regu veteren dan 10 perseorangan.

Pertandingan Badminton Tertutup Engkilili / Lubok Antu yang turut disertai oleh Rayong dalam kategori regu veteran dan perseorangan itu turut disaksikan oleh Pengerusi STU Bahagian Sri Aman iaitu Goh Kaw Sze dan Naib Pengerusinya, Andrew Bugi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment