Caption: PERLU PERHATIAN...Kerja pembinaan saluran longkang telah
menyebabkan berlakunya kerosakan jalan di simpang masuk menuju ke Taman Bayu B
semenjak tiga bulan lepas.
SRI AMAN, Selasa (20 Mac) – Kawasan simpang jalan masuk menuju ke Taman Bayu B telah
mengalami kerosakan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan
penghuni taman berkenaan sebelum ini.
Seorang penghuni yang enggan namanya disiarkan di sini memberitahu simpang
jalan masuk menuju ke perumahan mereka telah mengalami kerosakan semenjak tiga
bulan lepas akibat kerja pembinaan saluran parit di situ pada tahun lepas.
“Simpang jalan masuk menuju ke Jalan Taman Bayu B senang dilalui oleh semua
pengguna kenderaan selama ini sehinggalah pihak kontraktor datang membina
saluran longkang di situ pada tahun lepas.
“Bagaimanapun sebaik sahaja kerja terbabit selesai pihak kontraktor hanya
menimbun semula kesan pembinaan longkang tersebut dengan batu kecil sehingga
menyebabkan kesan kerosakan itu muncul,” katanya.
Justeru pengguna kenderaan di Taman Bayu B yang berasa tidak selesa ketika
melalui laluan rosak berkenaan mahu pihak kontraktor membaikpulih semula
kerosakan di kawasan itu selepas ini.
“Kami mengalu-alukan tindakan baik mereka untuk mengurangkan risiko banjir
yang sering melanda kawasan Taman Bayu B selama ini dengan membina saluran
longkang di situ.
“Bagaimanapun kami berharap agar tidak bersikap ambil mudah dengan menimbun
batu kecil di atas bekas tapak pembinaan mereka hingga menimbulkan kesukaran
terhadap penduduk di sini,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment