Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 9, 2012

Jangan mudah terpengaruh dengan slogan Change - Masir



Caption: SERIUS...Masir ketika berucap pada majlis dialog bersama ketua kaum N.26 Bukit Begunan di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Rabu (7 Mac) – Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan slogan ‘Change’ (Perubahan) seperti yang sering dilaungkan oleh pihak parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) ini nanti.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat memberitahu rakyat Sarawak khasnya dalam kawasan beliau harus sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih giat meneruskan usaha pembangunan dalam kawasan mereka pada masa sekarang.

“Adalah tidak perlu bagi rakyat mahu menuntut perubahan seperti yang dilaungkan oleh pihak pembangkang terbabit memandangkan ia cuma satu taktik untuk meraih sokongan daripada rakyat menjelang PRU13 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Ketua Kaum dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Rakyat kata Masir juga perlu tahu bahawa pihak pembangkang tidak sehaluan dalam politik dan ia terbukti apabila berlakunya pertelingkahan di antara parti mereka di Semenanjung Malaysia sebelum ini.

Pertelingkahan yang berlaku antara parti politik pembangkang itu kata Masir sekaligus boleh mengambarkan bahawa mereka tidak mampu meneraju pembangunan rakyat sekiranya berjaya mentadbir kerajaan kelak.

“Mereka juga pernah berjanji mahu mengambalilah kerajaan daripada BN pada 16 September 2008 namun gagal. Ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka gagal mengotakan janji mereka sendiri terhadap rakyat.

“Justeru adalah wajar rakyat khasnya dalam kawasan Parlimen Sri Aman terus bersatu-hati untuk memastikan BN menang pada PRU13 demi merancakkan lagi proses pembangunan di sini selepas itu,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Bukit Begunan, Jiram Chendang dan 210 orang ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment