Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

Aqustina Palullu dicari ibubapa dari negara seberang


Caption: TOLONG PULANG...Aqustina Palullu (gambar) dirayu agar pulang ke kampung halaman atau menghubungi orang tuanya di Indonesia apabila hilang tanpa berita setelah berhijrah ke negara ini lebih dari 20 tahun lepas.

SRI AMAN, Rabu (14 Mac) – Pergi tanpa berita. Begitulah perasaan rindu sedang dialami oleh sepasang ibubapa dari Kepulauan Sulawesi, Indonesia berikutan pemergiaan anak perempuan mereka ke negara ini lebih 20 tahun lepas.

Aqustina Palullu dari Kabupaten Tanah Toraja, Kecamatan Tondon, R.T Saleka / Tallang Kamban, Sulawesi Selatan, Indonesia hilang tanpa berita setelah berhijrah ke negara ini untuk mencari pekerjaan.

“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai beliau (Aqustina). Berita terakhir yang kami terima dahulu ialah beliau telah pun berkahwin dengan seorang lelaki Iban dari Simunjan iaitu Rega anak Onggom @ Unggom,” kata wakil keluarga berkenaan.

Tanpa mengetahui perkembangan terkini Aqustina, wakil keluarga tersebut memberitahu bahawa beliau kini berada dalam lingkungan usia 40 –an pada masa sekarang dan amat dicari oleh kedua-dua ibubapanya yang kini sudah uzur dan sakit.

Bapanya iaitu Rumpang Palullu kata wakil keluarga terbabit telah mengalami lumpuh apabila diserang penyakit angin amar semenjak tiga tahun lepas dengan ibunya iaitu Lai Balao sudah pun uzur pada masa sekarang.

“Kedua-dua mereka amat merindui Aqustina pada masa sekarang. Justeru kami berharap agar Aqustina segera memberi maklum balas sekiranya beliau terbaca berita ini di akhbar,” katanya.

Aqustina katanya boleh menghubungi beliau di talian telefon 014-8908041 atau adik perempuannya sendiri iaitu Lambak yang kini bekerja di Semenanjung Malaysia di talian 014-6648134 untuk maklum balas segera.

Beliau kata wakil keluarga itu juga boleh menghubungi ibubapa sendiri di kampung halaman menerusi talian telefon 62-8219492050 atau 62-85240059922 bagi tujuan tersebut.

“Kami berharap agar Aqustina pulang ke kampung halaman untuk menjenguk orang tuanya sendiri dan beliau meminta bantuan adiknya jika mengalami kesukaran untuk pulang ke kampung selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment