Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

BN yang berhadapan dengan rakyat, bukan pembangkang - Nyalau


Caption: RASMI...Nyalau sedang memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh tetamu khas ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

LUBOK ANTU, Selasa (13 Mac) – Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa berdepan dengan rakyat untuk menyelesaikan masalah hidup mereka pada waktu sebelum atau selepas pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata senario ini nyata berbeza berbanding pihak pembangkang yang menabur janji manis kepada rakyat ketika musim pilihan raya dan terus menghilangkan diri selepas itu.

“Pihak pembangkang sememangnya gemar menabur pelbagai janji palsu kepada rakyat memandangkan mereka sedar bahawa janji tersebut tidak perlu ditunaikan sebaik sahaja berakhir pilihan raya terbabit.

“Yang benar-benar akan menyelesaikan masalah itu selepas pilihan raya adalah kerajaan BN dan atas sebab ini rakyat khasnya dari kawasan luar bandar perlu menolak kehadiran mereka ini menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ganing, Kampung Batu 21, di Lubok Antu kelmarin.

Selain itu tindakan pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum kelak kata Nyalau juga tidak ubah seperti janji kosong yang tertulis dalam Buku Jingga milik puak berkenaan selama ini.

“Justeru saya berharap agar rakyat terus menaruh harapan kepada kerajaan BN yang akan terus berjuang memajukan pembangunan hidup mereka di masa akan datang,” kata beliau.

Majlis yang dihadiri oleh Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja dan Pegawai JASA DUN Engkilili, Edwin Anceh itu menyaksikan Nyalau mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk JKKK dan RM5,000 biro wanita kampung tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment