Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 2, 2012

Boss Prosboc Malaysia lawat Sarawak


Caption: UNTUK ALBUM...Yusnizam (tengah) bersama Nizam (kiri sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama ahli Prosboc Sarawak yang menyambut ketibaan beliau sempena lawatan di Sibu baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (1 Mac) – Presiden Kelab Pemilik Proton BML Malaysia atau Prosboc iaitu Yusnizam Arbain bersama isterinya telah mengadakan lawatan ke Prosboc Zon Sarawak di sini baru-baru ini.

Ketua Prosboc Zon Sarawak, Mohamad Nizam Zainuddin menerusi siaran medianya kepada Utusan Sarawak memberitahu Yusnizam dan isterinya tiba di Lapangan Terbang Sibu untuk menjayakan program lawatan tersebut.

Sebaik sahaja tiba, beliau bersama isteri telah dijemput untuk memeriahkan acara yang diadakan sempena lawatan itu antaranya ialah Jalan-Jalan Bandar Sibu, Jom Pergi Tamu Sibu dan Jom Makan Laksa Sarawak di Mas Corner.

Pada waktu malamnya, beliau bersama kesemua ahli Prosboc dari seluruh Sarawak telah menghadiri Majlis Makan Malam di Restoran Ayam Penyet Bandung, Sibu sebelum melawat ke kawasan Waterfront dalam bandar tersebut.

Yusnizam menerusi majlis itu juga berkesempatan untuk berbincang mengenai hala tuju Kelab Prosboc Zon Sarawak sebelum menyaksikan upacara perlantikkan Sean Eprhem selaku wakil baru Zon Bintulu.

“Kami juga turut membincangkan persediaan untuk mengadakan dua acara besar Jom TT Ke Pesta Benak Sri Aman 2012 disamping menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Agung Pusat yang bakal berlangsung di Kuching dari 7 hingga 9 Disember tahun ini.

“Turut dibincangkan ialah penganjuran Majlis Sungkei Sahur Siri 2 2012, Hari Keluarga Zon Sarawak di Miri, Sarawak dan juga Program Terjah Gawai 2012 di Bintulu, Sarawak,” katanya.

Terdahulu pemilik sah Proton Saga varian 2008, 2009, Saga Special (SE) 2010 & Facelift (FL & FLX) 2011, 2012 dijemput menyertai Prosboc dengan menghubungi ketua zon di talian 019-3978187 atau menghantar mail elektronik ke prosboc.zonswk@gmail.com atau lawati laman web www.prosboc.com selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment