Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 9, 2012

Benak Batang Lupar tiada tandingan - Dawos



Caption: TERIMALAH...Masir (kiri) menyerahkan cek kepada Johnathan (kanan) sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali), Ismawie, Felicia, Harden, Dawos dan Jack menerusi taklimat itu pada hari Rabu lepas.

SRI AMAN, Jumaat (9 Mac) – Fenomena air pasang berombak atau Benak di lain-lain negara sememangnya tidak mempunyai kualiti yang setanding dengan Benak di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Timbalan Menteri Pelancongan, Dato Dr James Dawos Mamit ini kerana kebanyakkan gelombang air pasang di lain-lain negara berpecah dua dan ini mengagalkan peluncur ombak untuk mengikuti arus benak terbabit.

“Benak di Sungai Batang Lupar Sri Aman pula dianggap amat baik. Ia diakui sendiri oleh para peluncur ombak antarabangsa yang pernah meluncur di sungai itu pada Pesta Benak sebelum ini.

“Justeru saya berharap agar kelebihan ini akan dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing pada sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 bermula 6 hingga 8 April ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Penganjuran Pesta Benak 2012 yang berlangsung di Bilik Persidangan, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman pada hari Rabu lepas.

Setakat ini fenomena Benak di Sungai Batang Lupar Sri Aman berada di kedudukan ke-4 dalam senarai dunia iaitu di belakang Araguari Pororoca, Amapa State, Brazil (kedudukan pertama), Qiantang Dragon, wilayah Haining, China (kedua) dan Kampar Bono, Sumatra, Indonesia (ketiga).

Terdahulu Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah menyampaikan geran bernilai RM30,000 kepada jawatankuasa penganjuran Pesta Benak Sri Aman kepada Residen Sri Aman iaitu Johnathan Lugoh.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis turut menyerahkan geran bernilai RM30,000 kepada pihak jawatankuasa terbabit untuk menjayakan penganjuran Pesta Benak Sri Aman bagi tahun ini.

Hadir sama dalam taklimat ini ialah Timbalan Residen (Sosial) Sri Aman, Felicia Tan Yan Hua, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan pegawai kerajaan di sini.

Tamat

No comments:

Post a Comment