Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 2, 2012

Rakyat Simunjan sokong Nancy




Mugshot:

1. POLI...Nancy berjiwa rakyat

2. LATIP...Khidmat beliau masih diperlukan

SIMUNJAN, Jumaat (2 Mac)  - Khidmat Ahli Parlimen Batang Sadong iaitu Hajah Nancy Haji Shukri untuk mengepelai proses pembangunan di kawasan beliau nyata masih diperlukan oleh rakyat khasnya dari kawasan daerah Simunjan.

Ia terbukti apabila seramai 35 orang pemimpin dan bekas pemimpin termasuk beberapa orang ahli cawangan dan ranting Parti Bersatu Bumiputera (PBB) Sarawak di daerah Simunjan mahu beliau dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Yang Di-Pertua PBB N.21 Simunjan, Haji Poli bin Ali, 75, telah membuat kenyataan itu ketika ditemui semasa pengagihan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Mesra Majlis Daerah Simunjan (MDS) baru-baru ini.

“Nancy seorang wakil rakyat yang amat prihatin terhadap masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya,” menurut beliau sambil menambah bahawa Nancy sering turun padang dan sememangnya berjiwa rakyat.

Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Saidah Saibi, 58, iaitu salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PBB Ranting Lintang Hilir dengan menyatakan bahawa Nancy mudah mesra dan senang dihubungi oleh rakyat dalam kawasannya.

Atas sebab ini adalah amat wajar sekiranya pucuk pimpinan parti mencalonkan semula Nancy sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Parlimen P.200 Batang Sadong pada Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Sementara itu, bekas Ketua Cawangan PBB Lintang Hilir, Abang Latip Abang Chee, 65, memberitahu bahawa Nancy sering berjumpa rakyat setempat serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukan.

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Daerah Simunjan (MDS) berkata khidmat Nancy masih diperlukan untuk meneruskan rentak pembangunan di kawasan Batang Sadong dari masa ke semasa.

“Saya berpendapat bahawa tempoh satu penggal masih belum cukup untuk Nancy membuat perubahan pembangunan yang ketara di kawasan yang diwakilinya. Justeru diharap agar beliau dapat terus memimpin kawasan ini untuk penggal kedua,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment