Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, March 7, 2012

RM27 juta bina Jalan Ulu skrang - Nyalau


Caption: TERIMALAH...Cassidy (kanan) sedang menyampaikan dokumen kepada pihak pemaju LFC Construction (kiri) sambil disaksikan oleh Nyalau dan Rayong pada majlis itu padahari Sabtu lepas.

ENGKILII, Isnin (5 Mac)  – Usaha menaiktaraf hidup penduduk di kawasan Engkilili diperhebatkan lagi dengan adanya kerja pembinaan jalan raya Ulu Skrang bermula dari Nanga Murad ke Rumah Rantai, Lepong Kepayang pada masa sekarang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata projek jalan raya Ulu Skrang dari Nanga Murad ke Lepong Kepayang sepanjang 50 kilometer itu telah menelan kos pembinaan sebanyak RM27.9 juta.

“Kerja pembinaan projek jalan raya Ulu Skrang dari Nanga Murad ke Lepong Kepayang berkenaan akan mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka siap pada 31 Julai tahun depan.

“Apabila projek jalan raya Ulu Skrang ini sudah siap kelak maka ia akan memberi feadah kepada kira-kira 2,000 orang penduduk dari 11 buah rumah panjang, tiga buah sekolah rendah dan sebuah klinik kesihatan desa di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai Upacara Penyerahan Dokumen Projek Daripada JKR Sri Aman kepada Pemaju LFC Construction Sendirian Berhad di kawasan Rumah Anggang, Nanga Mejong, Ulu Skrang, Engkilili pada hari Sabtu lepas.

Selain itu projek pembinaan jalan raya Ulu Skrang terbabit kata Nyalau secara tidak langsung juga telah membuktikan kesungguhan pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan hidup rakyat dari masa ke semasa.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa yang hadir sama pada majlis itu memberitahu Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bakal menyusuri projek jalan raya Ulu Skrang selepas ini.

Justeru beliau merayu agar semua rakyat khasnya di kawasan luar bandar untuk terus berdiri teguh di belakang Kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja raya (JKR) Sri Aman, Cassidy Morris dan Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffry Baja Ricky Maba hadir sama bagi menyaksikan majlis tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment