Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

Pasal sampah pun boleh gaduh



SRI AMAN, Khamis (15 Mac) – Sikap ‘ambil mudah’ telah menyebabkan berlakunya pertengkaran antara dua orang petugas kebersihan dan pekerja pasaraya dalam bandar ini malam tadi.

Kisah bermula apabila dua orang wanita iaitu petugas kebersihan yang digaji oleh Majlis Daerah Sri Aman sedang melakukan kerja menyapu sampah di hadapan bangunan CIMB Bank sekitar jam 9.30 malam.

Sebaik sahaja selesai menyapu sampah, kedua-dua orang petugas kebersihan kemudiannya membersihkan lokasi pembuangan sampah di belakang pasaraya terkenal di bandar ini.

“Tiba-tiba seorang pekerja pasaraya telah bertindak melonggokkan sampah di luar tong sampah terbabit dan ia menimbulkan kemarahan di kalangan kedua-dua orang petugas kebersihan berkenaan,” kata sumber.

Pertengkaran di antara petugas kebersihan dan pekerja pasaraya kemudiannya tercetus selepas itu sehingga ia menarik perhatian pelanggan restoran makanan yang terletak berdekatan dengan lokasi tersebut.

Setelah bertengkar selama tiga minit, pekerja pasaraya tersebut akhirnya mengalah dan terus beredar dari lokasi pembuangan sampah tanpa meminta maaf kepada kedua-dua petugas kebersihan tersebut.

“Kedua-dua mereka kemudiannya membersihkan kembali lokasi pembuangan sampah tersebut. Bagi kami pekerja pasaraya tersebut adalah bersalah kerana mengamalkan sikap ambil mudah tanpa menghormati tugas orang lain,” kata seorang penduduk.

Tamat.

No comments:

Post a Comment