Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, March 12, 2012

Pertandingan Ratu Kebaya Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman pada 23 Mac ini



SRI AMAN, Sabtu (10 Mac)  - Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman buat pertama kalinya akan menganjurkan Pertandingan Ratu Kebaya 2012 pada 23 Mac ini.

Presiden Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman, Roger Geoffery Kendawang berkata Pertandingan Ratu Kebaya 2012  ini diadakan bersempena dengan Majlis Makan Malam pada tarikh tersebut.

"Untuk makluman, penyertaan bagi Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya 2012  ini terbuka kepada semua wanita Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.

"Pusingan awal Pertandingan Ratu Kebaya 2012  ini akan berlangsung pada 19 Mac bermula jam 7.30 malam di Dewan Serbaguna JKR Sri Aman," menurut beliau.

Dengan yuran pendaftaran berjumlah RM10 seorang, para peserta dikehendaki memperagakan baju kebaya lama atau moden jika mahu menyertai Pertandingan Ratu Kebaya 2012 ini.

Justeru mereka yang berminat katanya boleh mendapatkan borang di JKR Sri Aman atau terus menghubungi Chin di talian 016-5898905 atau Diana Warrant di talian 019-8185798 sebelum tarikh tutup penghantaran borang pada 16 Mac ini.

"Juara akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM500, selendang, sijil dan jambangan bunga. Naib juara dan pemenang tempat ketiga pula akan memperoleh sejumlah RM300 serta RM200 beserta sijil penyertaan," katanya.

Pihak penganjur kata Roger juga turut menyediakan lima hadiah pemenang saguhati bernilai RM50 seorang dan sijil bagi Pertandingan Ratu Kebaya 2012  ini nanti.

"Pertandingan akhir Ratu Kebaya 2012 akan berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman bersempena dengan Majlis Makan Malam Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman bermula jam 7.30 petang pada 23 Mac," katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment