Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, March 15, 2012

Pemandu van bawa paper kemalangan di Temudok



SRI AMAN, Rabu (14 Mac) – Nasib tidak begitu menyebelahi seorang penghantar surat khabar dari Kuching apabila van yang dipandu olehnya terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan kilang batu-bata di Temudok awal pagi hari ini.

Sumber dari lokasi kemalangan memberitahu mangsa yang hanya dikenali sebagai Sim itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuching untuk menghantar surat khabar ke Bandar Sri Aman sekitar jam 6 pagi.

“Ketika tiba di kawasan selekoh berdekatan kilang batu-bata berkenaan, van yang dipandu oleh mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terus merempuh tiang pemancar isyarat yang terdapat di situ.

“Kejadian ini menyebabkan van yang dipandu oleh mangsa terus terbalik di lokasi kemalangan sebaik sahaja merempuh tiang pemancar isyarat berkenaan,” menurut sumber.

Kemalangan terbabit kata sumber menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki dengan surat khabar yang dibawa olehnya bertaburan di luar van terbabit.

Bagaimanapun mangsa yang enggan dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan rawatan lanjut kata sumber telah menumpang seorang rakannya pulang kembali ke Kuching selepas itu.

“Kakitangan pemasaran media cetak dari Bandar Sri Aman kemudiannya tiba di lokasi kejadian kemalangan tersebut untuk memunggut kesemua surat khabar yang terdapat dalam van itu,” katanya.

Van milik mangsa dilaporkan mengalami kerosakan teruk dan ditunda ke Bandar Sri Aman untuk tindakan seterusnya selepas berlaku kemalangan terbabit.

Tamat.




No comments:

Post a Comment