Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, March 7, 2012

TBS serah bantuan kelengkapan surau di Srijaya


Caption: MANFAATKAN...Shamshuddin (kiri) menyerahkan cek kepada penerima (kanan) sambil disaksikan oleh Shamsul (dua kiri) dan Penghulu Samad (belakang) pada majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (6 Mac) – Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menyerahkan cek bantuan kelengkapan asas masjid / surau, aktiviti dakwah dan ilmu kepada beberapa buah pihak penerima di sini baru-baru ini.

Pihak yang menerima bantuan ini adalah Masjid as-Syakirin, Kem Pakit Sri Aman, Surau al-Amin, Taman Sri Jaya Sri Aman, Surau Penjara Pusat Sri Aman, Surau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  Sri Aman, Surau JKR Sri Aman dan SK Melugu.

Jurucakap penganjur berkata cek bantuan yang disampaikan pada majlis di Surau al-Amin, Taman Srijaya Park, Sri Aman itu bertujuan sebagai kelengkapan asas bagi kelancaran aktiviti pengimarahan masjid dan surau selepas ini.

“Kita juga turut menyerahkan bantuan kewangan bagi aktiviti dakwah dan kerohanian Islam kepada Rakan Muda Masjid Bandar Sri Aman, SK Balingan, Spaoh, SK Abang Aing Sri Aman dan SK Sri Aman.

“Ia seiring dengan perkembangan pesat usaha kerohanian yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi membentuk jati diri murid atau pelajar Islam untuk menambah saing aspek akademik serta jaringan sosial yang sihat dari masa ke semasa,” katanya.

Manakala itu Pengarah Jabatan Agama Sarawak (JAIS), Abang Shamshuddin Abang Seruji pada majlis itu menyeru agar kesatuan umat Islam di Sarawak dapat dipelihara selepas ini.

Ia jelas beliau agar aktiviti Islam anjuran pihak jawatankuasa masjid, surau, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam dapat diraihkan secara maksima selepas ini.

“Justeru soal kepentingan peribadi tidak wajar dilibatkan sama dalam kepentingan yang lebih bersifat umum atau bersama sehingga aktiviti murni yang bakal dilaksanakan itu terganggu,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan cara berhemah agar keseimbangan komuniti tidak terlerai sehingga boleh membawa natijah perpecahan yang menjadi musibbah ke atas umat Islam sendiri.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis penyerahan cek bantuan kelengkapan asas masjid / surau, aktiviti dakwah dan ilmu ini ialah Ketua Zon Selatan, TBS iaitu Shamshul Bahri Manap dan Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim.

Tamat.

No comments:

Post a Comment