Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, March 2, 2012

TBS serah bantuan untuk jayakan dakwah USK


Caption: UNTUK ALBUM...Shamsuddin (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu khas dan penerima bantuan ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (2 Mac) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Sri Aman telah menghulurkan bantuan asas bagi melancarkan aktiviti dakwah pihak Urusetia Saudara Kita (USK) di sekitar Bahagian Sri Aman.

Aktiviti yang mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Bahagian [PAIB] Sri Aman itu menyaksikan USK cawangan Klassen, Pantu, Jaong, Gayau, Punggu, Bakong dan Lingga mendapat bantuan tersebut.

Pengarah JAIS, Abang Shamshuddin Abang Seruji dalam ucapan beliau menggesa agar pihak USK sentiasa bersatu hati dalam sama-sama mengenalpasti saudara yang memerlukan pendedahan kepada ilmu-ilmu Islam.

Disamping itu pihak USK kata beliau juga perlu mewujudkan hubungan baik terhadap agensi kerajaan dan swasta di kawasan Sri Aman demi kemaslahatan anggota USK sendiri.

“Saya juga turut mengalu-alukan usaha pihak USK cawangan Klassen untuk menubuhkan koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meningkatkan taraf hidup anggota USK.

“Justeru saya berharap agar pihak pengurusan USK bahagian dan cawangan lain dapat mencontohi usaha yang telah dilaksanakan oleh USK cawangan Klassen kerana komitmen mereka dalam pendidikan Islam yang begitu kukuh,” katanya.

Sementara itu Ketua Zon Selatan TBS, Shamsul Bahri Manap menyarankan agar bantuan yang disalurkan oleh TBS digunakan untuk tujuan yang menambah kekuatan dan ukhuwah sesama anggota.

“Ini adalah kerana wang hasil kutipan Zakat bukanlah perkara yang boleh dicuaikan oleh pihak yang menerimanya,” tegas beliau.

Tamat.


No comments:

Post a Comment