SRI AMAN, Sabtu (10 Mac) - Satu jerayawara mengenai peluang peniagaan dalam Francais
Komuniti akan diadakan di Sarawak pada bulan April ini kata Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Abdul
Karim.
Katanya program yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu nanti akan memberi pendedahan serta maklumat tentang peluang perniagaan dalam Francais Komuniti.
”Fokus program Francais Komuniti terbabit adalah untuk individu serta pemilik
francais atau “master franchisor” yang mempunyai pelan perniagaan dengan modal berada di bawah nilai RM50,000.
“Bagi mereka yang berminat, pihak kementerian akan membantu dari segi
pembiayaan pinjaman tanpa cagaran di samping memberi latihan bersama-sama
dengan pemilik francais tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap
merasmikan Program Hari Mesra Wanira Bersama Pemimpin yang berlangsung di Mini
Stadium, Majlis Daerah Sri Aman hari ini.
Dengan terdapat lebih daripada 20 pemilik francias di Malaysia pada masa
sekarang, Rohani berharap agar akan ada pemilik francais dari Sarawak yang
bersedia
mengembangkan perniagaan mereka melalui program Francais Komuniti selepas ini.
mengembangkan perniagaan mereka melalui program Francais Komuniti selepas ini.
“Justeru saya berharap agar golongan wanita, ibu tunggal serta para belia yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap tidak melepaskan peluang untuk perniagaan yang berkonsepkan Komuniti Francais terbabit,” katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengarah LPPKN Sarawak, Fazlinie Kiprawi serta Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim.
Majlis turut diserikan dengan Kaunter Kebajikan, Pertandingan Mewarna, Ceramah Kanser Payu Dara, Pendafratan Pengundi Baru, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Gubahan Bunga dan Karaoke.
Tamat.
No comments:
Post a Comment