Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Warga SMK Saint Luke Sri Aman prihatin


Caption: UNTUK KITA... Thomas (kanan) menyampaikan sendiri sumbangan ikhlas dari pihak  SMK Saint Luke kepada anaknya Ronny sebelum beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan di HUS pada Selasa ini.

SRI AMAN, Isnin (7 Mei) – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke, Sri Aman telah membuktikan keprihatinan mereka dalam menyumbang bantuan terhadap seorang pelajar mereka yang mengalami kecederaan ketika bersukan.

Ia terbukti apabila pihak sekolah tersebut menyampaikan sumbangan bernilai RM342 kepada Ronny Bulan anak Thomas Sumbang yang mengalami kecederaan patah kaki ketika bermain bola sepak di Padang Kompleks Sukan, Sri Aman sebelum ini.

Bapa kepada pelajar terbabit iaitu Thomas Sumbang Jilom ketika ditemui berkata beliau berasa amat terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMK Saint Luke khasnya Pengetua sekolah terbabit Mering Jock Eng berhubung sumbangan itu.

“Warga SMK Saint Luke telah membuktikan keprihatinan mereka berhubung perkara ini. Lagipun ia sekaligus akan dapat meringankan beban dan kos perubatan anak selepas ini,” katanya.

Terdahulu Ronny dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Rajah Brooke Batu 13 Jalan Puncak Borneo, Kuching bagi tujuan pembedahan untuk penyambungan besi di bahagian paha kaki pelajar malang tingkatan empat sekolah terbabit.

Beliau dijadual akan menjalani proses pembedahan bagi menyambung besi di bahagian paha kaki tersebut di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada hari Selasa ini iaitu 8 Mei dengan kos bernilai RM2,000.

Tamat.

No comments:

Post a Comment