Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

'Dekat'kan diri dengan Malaria - Dr Mulzanizan



Caption: TAHNIAH...Mulzanizan (kiri) menyampaikan Sijil Kepujian kepada Brain (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (15 Mei) – Kakitangan kesihatan di Sri Aman dinasihat agar lebih mendekatkan diri masing-masing dengan masalah penyakit demam Malaria yang melanda penduduk di negeri ini.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Mulzanizan Mustalkah berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan, Majlis Suaikenal dan Penyampaian Sijil Penghargaan di Poliklinik Sri Aman malam tadi.

Katanya semua kakitangan kesihatan perlu mendalami masalah Malaria tersebut memandangkan ia merupakan salah salah wabak penyakit yang sukar dibendung di negeri ini pada masa sekarang.

“Saya menasihatkan semua kakitangan kesihatan untuk lebih mengetahui selok-belok penyakit berkenaan dan seterusnya lebih kerap turun padang untuk menasihatkan penduduk bagi mengelakkan penularan penyakit terbabit,” katanya.

Selain itu Mulzanizan juga turut berkata bahawa kakitangan kesihatan telah menunjukkan komitmen tinggi masing-masing dalam tugas seperti yang pernah diberitahu oleh pihak pengarahnya sebelum ini.

Justeru beliau berharap agar kakitangan kesihatan di Sri Aman terus mengekalkan komitmen tugas seperti itu bersama beliau demi mempertingkat taraf kesihatan hidup penduduk di sini pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pegawai Perubatan Keluarga Sri Aman, Dr Rufina Abdul Halim, Pegawai Menguasa Poliklinik Sri Aman, Dr Zulfah bin Dol Bakri dan para kakitangan kesihatan di sini.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Kepujian terhadap Pembantu Perawatan Kanan Klinik Kesihatan Pantu, Brain Kasa, sesi suai kenal, jamuan makan malam dan persembahan nyanyian.

Tamat.

No comments:

Post a Comment