Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

JKKK Beletik Undop adakan dinner



Caption: TERIMA KASIH...Timbalan Pergerakan Pemuda SUPP Simanggang, Patrick Michael (tengah) menerima cenderamata daripada pihak penganjur ketika berlangsungnya majlis tersebut.

SRI AMAN, Jumaat (11 Mei) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Kedeny Menggong, Beletik Undop telah mengadakan Majlis Makan Malam 2012 yang berlangsung di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam kelmarin.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu Majlis Makan Malam ini bertujuan utnuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk dari rumah panjang berkenaan.

“Majlis ini juga bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama yang lebih erat dikalangan para ahli JKKK Rumah Kedeny dalam menjayakan sesebuah aktiviti anjuran mereka,” katanya.

Selain itu beliau juga berharap agar semangat kerjasama dikalangan ahli JKKK Rumah kedeny dalam menjayakan majlis tersebut akan dapat dibudayakan demi kebaikan mereka pada masa akan datang.

Semangat kerjasama katanya amat penting untuk dibudayakan dikalangan semua ahli agar perlaksanaan mana-mana program atau majlis oleh pihak JKKK akan sentiasa berjalan dengan lancar selepas ini.

Justeru beliau berharap agar ahli JKKK Rumah Kedeny tidak mengutamakan kepentingan diri masing-masing dalam menjayakan program pembangunan rumah panjang mereka di masa akan datang.

Terdahulu Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis telah dijemput bagi merasmikan majlis berkenaan namun dibatalkan atas sebab tertentu.

Majlis tersebut kemudiannya diteruskan dengan upacara makan malam, cabutan tiket bertuah, persembahan tarian tradisional dan persembahahan karaoke dikalangan ahli JKKK Rumah Kedeny.

Tamat.

No comments:

Post a Comment