Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Kadet Polis Sri Aman cipta kenangan manis



Caption: UNTUK ALBUM...Vyonnie (duduk tiga kanan) dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman iaitu Nanang Hilton Muda (duduk dua kiri) ketika bergambar bersama peserta pada program itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (28 April) – Pasukan Kadet Polis dari Bahagian Sri Aman mencipta kenangan manis setelah mencipta beberapa kejayaan pada Program Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri 2012 yang berlangsung di SMK Tebedu, Serian baru-baru ini.

Guru pengiring pasukan Kadet Polis Bahagian Sri Aman, Vyonnie Maclean memberitahu mereka telah berjaya memperoleh kedudukan naib juara dalam acara Rentas Halangan dan Ronda Pandu Arah sempena program itu.

“Ia merupakan satu kejayaan manis untuk pasukan Kadet Polis dari Bahagian Sri Aman walaupun tidak mendapat kedudukan juara dalam acara yang dipertandingkan dalam program itu.

“Justeru saya berharap agar para peserta memanfaatkan sepenuhnya ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mereka timba ketika berlangsungnya program itu tadi,” menurut beliau.

Selain itu Vyonnie juga berharap agar ahli persatuan kadet polis dari Bahagian Sri Aman akan dapat mencapai kejayaan yang lebih tinggi menerusi mana-mana program pada masa akan datang.

Usaha itu katanya amat penting demi menarik penyertaan lebih ramai pelajar sekolah untuk menyertai persatuan kadet polis yang sudah ditubuhkan di sekolah masing-masing selepas itu.

“Penyertaan para pelajar dalam persatuan kadet polis di sekolah menengah masing-masing adalah amat bermakna bagi membentuk disiplin dan sahsiah dalam diri mereka sendiri.

“Saya yakin penyertaan pelajar dalam persatuan kadet polis akan dapat membentuk peribadi diri yang lebih sempurna apabila mereka melangkah keluar dari alam persekolahan selepas itu,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment