Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

Jangan bersengkongkol dengan SWP - Nyalau

Caption: SERIUS...Nyalau (dua kiri) ketika sedang mempengerusikan mesyuarat tahunan bersama ahli PRS Engkilili di sini hari ini.

ENGKILILI, Jumaat (18 Mei) – Pengundi dalam kawasan Parlimen Lubok Antu dinasihatkan agar tidak bersengkongkol dengan Parti Pekerja Sarawak (SWP) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Menurut beliau SWP akan bertindak untuk menentang Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kesemua enam buah kerusi Parlimen milik parti komponen BN itu termasuk di Parlimen Lubok Antu.

“Niat SWP yang mahu menghantar calon untuk bertanding di enam buah kerusi Parlimen milik PRS itu adalah atas faktor balas dendam dan bukannya berlandaskan hasrat murni untuk menolong rakyat.

“Justeru atas sebab ini saya menyeru semua rakyat di kawasan Parlimen Lubok Antu agar tidak mudah percaya terhadap dasar perjuangan SWP pada PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan PRS Bahagian Engkilili yang berlangsung di kawasan Pekan Engkilili, hari ini.

Selain itu Nyalau juga mendakwa bahawa SWP telah diterajui oleh Datuk Sng Chee Hua yang mahu membalas dendam terhadap PRS berhubung penyingkiran anaknya, Larry Sng dari parti tersebut sebelum ini.

“Itu sahaja tujuan beliau. SWP bukannya berhasrat untuk memaju dan membela nasib rakyat terutamanya di kawasan pedalaman yang masih memerlukan pembelaan daripada pihak BN ketika ini,” katanya.

Beliau juga mengajak ahli Pesaka Bumiputera Bersatau (PBB), Parti Rakyat Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Parti (SPDP) untuk sama-sama berjuang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu milik PRS pada PRU13 nanti.

Terdahulu, SWP adalah merupakan salah satu parti pembangkang yang akan menghantar calon pada PRU13 bagi merebut kerusi Parlimen Lubok Antu itu daripada pihak PRS selain dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Sumber turut memberitahu bahawa Sng bersama pengikutnya telah mengadakan lawatan ke Pekan Engkilili dan Lubok Antu bagi mencari bilik operasi pilihanraya sebagai persediaan mereka menjelang pilihan raya umum nanti.


SWP kata sumber juga sedang mencari calon untuk menentang Nyalau sekiranya diberi kepercayaan untuk mengibarkan bendera BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya umum kali ini.

Tamat…






No comments:

Post a Comment