Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Friday, May 25, 2012

Tong sampah jadi mangsa vandalisme


Caption: TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...Gambar menunjukkan tong sampah bertiang yang dipercayai menjadi mangsa perbuatan vandalisme sebelum ini.

SRI AMAN, Khamis (17 Mei) – Lokasi sukan dan rekreasi sememangnya akan bebas daripada masalah kebersihan selagi adanya kemudahan pembuangan sampah seperti tong yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penggunanya di situ.

Jika kemudahan ini dijaga dengan baik maka para pengemar sukan tidak akan menghadapi masalah untuk membuang sampah masing-masing dan seterusnya memelihara kebersihan di lokasi kawasan sukan itu.

Namun begitu tinjauan rambang oleh Utusan Sarawak di Padang Lama KPSU Sri Aman lewat petang kelmarin mendapati berlakunya aktiviti vandalisme terhadap tong pembuangan sampah yang disediakan oleh pihak PBT di situ selama ini.

Tong sampah terbabit kelihatan seperti dicabut daripada lubang tanah dan dibiarkan secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak jauh dari lokasi padang tersebut.

“Saya tidak percaya tong sampah bertiang itu tercabut diakibat oleh ribut. Dua saja kemungkinan penyebab kepada perkara ini iaitu sama ada ia dicabut orang atau pun dilanggar kenderaan berat,” kata seorang pengemar sukan.

Beliau tidak menyangka bahawa tong sampah bertiang juga turut menjadi mangsa perbuatan vandalisme memandangkan pondok telefon dan dinding bangunan selalunya menjadi sasaran perbuatan tersebut selama ini.

Tong sampah bertiang tersebut katanya tidak harus dijadikan sebagai mangsa vandalisme memandangkan ia akan menyukarkan pengemar sukan untuk membuang sampah mereka seperti botol air mineral kecil dan lain-lain sampah selepas itu.

“Semua orang tahu bahawa kawasan padang sukan ini akan diruntuhkan bagi tujuan memberi laluan terhadap perlaksanaan Projek Bandar Baru Sri Aman bagi Fasa II atau III.

“Justeru jangan ambil kesempatan untuk mencabut tong sampah bertiang ini. Ia masih berfungsi untuk pengemar sukan selagi padang lama KPSU Sri Aman ini digunakan oleh penduduk,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment