Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Liga Naim Sri Aman start 20 Mei ini


Mugshot: ZAIDIL HAJI RIPIN

3 Mei

Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman atau SAFC akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Liga Naim Sri Aman 2012 di Padang Lama KPSU dan Padang Kompleks Sukan Sri Aman bermula 20 Mei ini.

Setiausaha SAFC, Zaidil Haji Ripin ketika dihubungi memberitahu Kejohanan Bola Sepak Liga Naim Sri Aman 2012 ini akan dilaksana menerusi format Pertandingan Liga Berkumpulan.

“Tujuan utama kejohanan ini diadakan ialah untuk mencari para pemain bagi mewakili pasukan Sri Aman ke Pertandingan Piala Sarawak yang akan berlangsung pada bulan Disember ini di Miri.

“Justeru pasukan yang berminat boleh menghubungi Frederick Johnathan Isau di talian telefon 013-5639629 untuk mendapatkan borang penyertaan dengan bayaran yuran sebanyak RM700 bagi satu pasukan,” katanya.

Dengan tarikh tutup penyertaannya pada 17 Mei, jam 5 petang, pihak SAFC menurut Zaidil telah pun mensasarkan sebanyak 10 buah penyertaan bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Naim Sri Aman kali ini.

Justeru pihak SAFC katanya berharap agar pasukan bola sepak tempatan di Sri Aman tidak melepaskan peluang untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Liga Naim Sri Aman 2012 pada tarikh yang dinyatakan di sini.

“Hadiah wang tunai bernilai RM5,000, piala dan pingat menanti pasukan juara manakala naib juara pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000, piala serta pingat.

“Pemenang di tempat ketiga akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, piala dan pingat manakala pemenang tempat keempat pula akan membawa hadiah wang tunai bernilai RM1,000 serta piala,” katanya.

Upacara sepak mula kejohanan terbabit akan disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan iaitu Datuk Francis Harden Hollis pada 20 Mei ini sekitar jam 4 petang di Padang Lama KPSU Sri Aman.

Terdahulu beberapa pasukan handalan dari kawasan Sri Aman dijangka akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Naim Sri Aman 2012 antaranya ialah Zaimie Team dan AY17.

Tamat.

No comments:

Post a Comment